Wednesday, December 23, 2009

Persediaan Sesi Persekolahan

Info ini saya ambil dari blog kak g..ia sangat2 berguna buat kita semua pada hari pertama murid-murid pra menjejakkan kaki mereka ke kelas..

Pengurusan Murid
1. Alat permainan mencukupi untuk semua kanak-kanak untuk membuatkan mereka leka seketika agar ibu bapa boleh menyelinap keluar dari kelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan menangis dan meraung. Jadi pastikan mereka leka seketika.
2. Bersedia dengan lagu-lagu dan cerita kanak-kanak sama ada guru bercerita sendiri atau memasang vcd yang sesuai.
3. Galakkan ibu bapa berada di luar kelas atau terus pulang selepas menghantar anak mereka. Ini untuk mengalakkan kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk bersama rakan-rakan sebaya mereka.
4. Pastikan makanan yang bakal dimakan pada hari pertama mencukupi. Biasanya pembantu pengurusan murid tidak memasak pada hari pertama kerana dia perlu membantu guru mengawasi kanak-kanak yang beraneka ragam.
5. Minta ibu bapa membekalkan pakaian gantian yang bertanda nama sekiranya kanak-kanak terbuang air besar, air kecil atau muntah di kelas.
6. Sediakan marker pen untuk menulis tanda nama pada kasut kanak-kanak agar keadaan tidak menjadi kelam kabut sewaktu pulang.
7. Pastikan semua beg kanak-kanak mempunyai tanda nama agar kekecohan dapat dielakkan. Kanak-kanak biasanya akan menangis apabila beg mereka diambil oleh orang lain atau ada yang tidak mahu mengakui begnya sendiri jika beg itu serupa dengan rakan yang lain.
8. Setokin kanak-kanak mesti ditandakan supaya tidak tertukar atau mereka akan biarkan sahaja sehingga anda boleh membuat koleksi setokin busuk!.

Ini pula tips beliau pada hari pertama persekolahan..

Bagaimana caranya?

1. Letakkan murid dekat dengan rakan yang biasa ditemuinya misalnya rakan sebelah rumah.

2. Benarkan kanak-kanak membawa barang kesukaan mereka pada hari pertama. Anda boleh berbual dengan kanak-kanak tentang barang tersebut untuk meredakan kebimbangan mereka.

3. Benarkan ibu bapa menunggu untuk sehari kerana sukar bagi kanak-kanak untuk berpisah di hari pertama. Beransur-ansur minta ibu bapa balik bila lihat keadaan anak mereka sudah stabil.

4. Minta ibu bapa ambil anak mereka tepat pada waktu balik supaya dapat mengelakkan kanak-kanak rasa tidak selamat.

5. Sebelum sekolah bermula, anda hiaslah kelas supaya lebih ceria. Sediakan belon atau alat permainan yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak. Kalau perlu sediakan goodies bag sebagai penarik kepada kanak-kanak. Mungkin anda boleh berikan mereka pensel yang telah diikat reben yang menarik perhatian kanak-kanak.

Friday, December 4, 2009

Seminar Pedagogi Berkesan & Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tarikh ; 16 November 2009
Tempat : SK Parit Raja, Batu Pahat
Tentatif program :
1. Penerangan ringkas perjalanan seminar oleh Encik Sariman bin Hussin, Penolong Pengarah Prasekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
2. Ucapan alu-aluan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Batu Bahat.
3. Ucaptama oleh Tuan Haji Abu Talib bin Abdullah, Timbalan Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
4. Ceramah 1 : Kepentingan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di dalam Pendidikan Prasekolah oleh Puan Fauziah bt A. Rahim, Guru Prasekolah SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi.
5. Ceramah 2 : BBM ICT Prasekolah Bintang Jauhari oleh Encik Sariman bin Hussin.
6. Ceramah 3 : Pengurusan kelas, penggunaan fail meja dan penarafan 5 bintang oleh Encik Sariman bin Hussin.
7.Jamuan tengah hari

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Tarikh : 23-26 November 2009
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Mersing

sesi melakonkan p&p bg tunjang fizikal-belajar buat buih sabun dan langkah2 keselamatan

Penerangan oleh jurulatih2 utama..terima kasih banyak2 atas penerangan yang diberikan

aktiviti yang dinantikan kalau di mersing ni..:)

Thursday, December 3, 2009

Sekolah yang bercuti..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bersawang sungguh blog ku ini...hehe..selamat bercuti (walaupun lambat wish)kepada semua cikgu-cikgu.Banyak btul entri yang akan ku cuba masukkan termasuk sebelum cuti sekolah..akan aku cuba jua,caiyok caiyok..walaupun namanya cuti sekolah,sekolah sahaja yang cuti ye tapi cikgu2 nya tetap jugak ke sekolah terutamanya cikgu prasekolah.Masa nilah nak buat mural ke,nak buat persediaan untuk murid2 tahun dpn terutamanya dengan kurikulum yg baru ni dan macam-macam lagi lah..

Plan cuti sekolah kali ini :

23-26 November - Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan @ Mersing (dah g)
27-30 November - Pulang ke rumah ibu mertuaku di Muor,adik husband kahwin..dah selamat pun :)
2 Disember - 11 Disember - Ke Prasekolah ku yg tercinta (keceriaan+kemas kelas+refleksi P&P dan aktiviti 2009)
12-27 Disember - Masa bersama keluarga ( abang,jom cuti2 malaysia :D )
28-3 Januari 2010 - Ke sekolah (mesyuarat/taklimat ibu bapa/persediaan kelas)

Sampai sini dulu,jumpa lg..

Keputusan UPSR 2009

Alhamdulillah..Segala pengorbanan terbalas dengan kejayaan.Pencapaian terbaik SKTU2 sepanjang ia ditubuhkan dengan 83% lulus & 15 orang mendapat 5A. Tahniah buat semua guru-guru terutamanya guru-guru Tahun 6 dan tidak lupa buat guru-guru yang telah mendidik mereka dari awal lagi iaitu di prasekolah & thn 1..(jangan lupa tu) dari tidak mengenal abc sehingga mereka pandai membaca.Batch thn 6 kali ini merupakan perintis prasekolah SKTU2 tahun 2003.Syabas adik-adik. Semoga kejayaan ini akan mengiringi kejayaan yang seterusnya..

Wednesday, November 25, 2009

Jamuan Akhir Tahun Warga SKTU2 @ JB Catering

tempat kejadian,hehe..dah 2x buat kat sini,tahun dpn kita cuba tempat lain la pulak ye

menunggu time makan dgn 'sabar' hehe

Gambar atas:Anakku yg no 2 mmg pemakan,walaupun bdn kecik.
Kiri:Wah,abah makan tak toleh kiri kanan..
Kanan:Mama,Ammar xnak makan,dah kenyang main game.he's picky eater :(

Atas: Guru Besar,Pn Hjh Juarah (bertudung pink) dan kak Hawa yg tengah makan buah tembikai kot,hehe..
Bawah ; GPK Kurikulum,Pn Hjh Zairiyah & suami..

Kiri : Pn Syima & Pn Norizan
Kanak : Family Pn Syamini
Bawah : 2 dara pingitan ( Cik Zuraihan & Cik Fatin) + mak dara jgn marah Atie..

Tuesday, November 10, 2009

Jom tambah ilmu..

Buku ini sesuai untuk para ibubapa,guru-guru prasekolah dan mereka yang ingin mendalami dunia anak-anak kecil zaman ini..saya pun tak abis baca lagi tapi tak rugi beli..kalau sesiapa baca majalah Pa&Ma,mesti kenal penulis ni..

Kami harapan ayah dan ibu.. :)

PRASEKOLAH HAMKA 2009

PRASEKOLAH AMINUDDIN 2009

Thursday, November 5, 2009

Konvokesyen Prasekolah Zon Skudai 2009

alhamdulillah,pejam celik pejam celik tiba juga hari yang bersejarah untuk anak-anak murid kami iaitu hari konvokesyen..siapa yang tak teruja,lebih-lebih lagi saya yang baru tahun ini berpeluang mengikuti konvo anak didik saya..tahun pertama mengajar,tarikh konvo tersebut jatuh pada hari saya ditemuduga SPP untuk pengesahan jawatan,tahun kedua pulak dalam pantang,jadi tahun ni cikgunya yg over excited dari anak-anak murid (rasa-rasanya la,hehe)..tapi tak banyak gambar yang dapat diambil,maklumlah cikgunya sibuk sangat..

kenapa hari konvo ni penting?kalau masa di universiti/maktab dulu,ini adalah hari yang bersejarah menandakan dah habis belajar selama bertahun2 dengan macam2 dugaan dan cabaran..bagi anak-anak kecil ini adalah satu pengalaman baru dan seronok tapi penat (mmg penat kan,penat menunggu giliran dan mungkin juga membosankan bagi anak-anak ini)lepas tu,naik ke pentas dengan jubah cantik tapi panas la cikgu,bersalam dengan VIP dan memandang gambar abang cameraman sambil memegang skrol dan tersenyum..

lepas ni semua guru prasekolah pasti rasa lega,dah selesai event besar yang penting dalam takwim pra..

Ok,Point point penting yang saya nak highlight pada hari konvokesyen kali ini ialah :
1. Terima kasih pada partner+ mentor saya Cikgu Noi yang banyak membantu saya dari aspek pengurusan prasekolah especially time konvo ni,banyak betul benda kena buat dan ingat..
2. Terima kasih pada pihak pentadbir sebab memberi keizinan dan peluang pada 3 orang cikgu untuk membantu kami mengendalikan jamuan vip dan pengurusan murid untuk konvo
3. Terima kasih pada Cikgu Izan,Cikgu Yana dan Zuraini kerana telah sangat2 membantu meringankan tugas kami..lain kali boleh la join event prasekolah lg ek ;)
4. AJK Jamuan Murid iatu Cikgu Arni & Cikgu Liza dr SKTTA 1 kerana telah berkerjasama dalam mengendalikan jamuan murid,guru dan ppm
5. Ibu bapa yang hadir dan semua guru-guru prasekolah zon skudai

Cikgu Normarliana dan Cikgu Norizan yang membantu kami melayan jamuan vip..

Wednesday, November 4, 2009

Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun 1 2010..

Pada hari Sabtu,31 Nov yang lalu,kami guru2 prasekolah telah ditugaskan untuk mengendalikan pendaftaran ibubapa murid-murid tahun 1 2010.Mereka termasuklah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berada di Prasekolah SKTU2 yang akan melangkah ke tahun 1 tahun hadapan. Terdapat juga ibu bapa dari kalangan anak-anak yang bersekolah di KEMAS,PASTI dan pelbagai tadika swasta. Pihak pentadbir telah menyampaikan taklimat kepada ibu bapa sementara anak-anak mereka pula menjalani ujian penentuan kelas tahun 1 nanti. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan nampak gaya anak-anak prasekolah lebih berkeyakinan menjawab ujian tersebut :)

Thursday, October 15, 2009

Jamuan Hari Raya & Deepavali Prasekolah

how to make 'wau bulan'..

Anak-anak didik saya suka sangat masa buat aktiviti ni tambahan pulak ramai yang ibu bapanya org kelate..tapi sebelum tu ajarkan lagu wau bulan versi bahasa yang baku not kelate dialect version ye..kemudian saya ajar simple step dikir barat sambil ajar lagu ni,tapi sayang tak amek gambar,memang kelakar sangat gelagat diorang masa berdikir barat..emmm,kenapa ye namanya dikir barat sedangkan belah sana kan pantai timur,ade sesape ade jawapan?..

WAU BULAN
(Versi Bahasa Melayu Baku)

Eh wau bulan, eh wau bulan
Wau bulan teraju tiga
Eh wau bulan, eh wau bulan
Wau bulan teraju tiga

Ini malam, sama-sama
Sama-sama bersuka ria
Ini malam, sama-sama
Sama-sama bersuka ria

langkah2langkah membuat wau bulan...

1.Mewarna gambar wau bulan..

2.Seterusnya,gunting dengan hati-hati gambar wau yang adik-adik sudah warnakan

3.Langkah seterusnya,gunakan lidi @ batang sate (pastikan hujungnya telah dikerat sebab tajam bahaya karang ada plak mata anak2 jadi cam cite anakku sazali)dan ditampal pada belakang wau.Boleh guna selotep,bantuan guru & ppm diperlukan tapi masa ni saya buat sorang ngan budak2 ni..huhu..ada murid yang willing to do itself,kita bagi galakan dan monitor senget2 sket pun xpe tapi kbnykn mmg minta cikgu tolong la..Tampal juga kertas warna @ untuk menarik nampak rambu ramba saya guna kertas bungga manggar yang ditampal dibahagian hujung wau.

4.Dah siap pun..Wah,comelnye wau adik-adik..jom kita nyanyi lagu wau bulan..

Friday, October 9, 2009

Latihan Kebakaran

Murid prasekolah berkumpul di padang setelah mendengar bunyi loceng amaran..Diorang kelihatan begitu teruja,bukannya takut..Mereka beratur menuju ke padang dalam kawalan,lebih baik dari abang dan kakak mereka.. syabas murid2 prasekolah!

Cikgu Asri sedang memberi penerangan

Tarikh latihan : 8 Oktober 2009
Masa : 10 pagi

Berhari Raya di Rumah Cikgu Prasekolah..

Malas nak taip banyak-banyak,nengok gambar jelah ye..

Aktiviti : Raya @ marhaban rumah Cikgu Noi
Tempat : Tmn Pulai Indah..
Tarikh : 7 Oktober 2009

Aktiviti : Open house @ rumah Cikgu Syikin
Tempat : Mutiara Rini..
Tarikh : 3 Oktober 2009

akhirnya bertemu jua...

alhamdulillah, kalau tak sebelum ni kita bersms dan berblog sahaja,akhirnya pada ahad,4 oktober @ 15 syawal saya dapat berjumpa dgn Kak Fauziah @ kak G di kediaman saya di Mutiara Rini,Skudai..cikgu2 prasekolah satu malaysia,korang semua MESTI kenal kak G tau..mesti masukkan blog kak g dalam link kita hehe..saya rasa semua rakan2 blog cikgu prasekolah berterima kasih pada kak G sebagai mentor kita dlm bidang prasekolah ni..hanya orang yang mengajar prasekolah yang tau betapa mencabarnya tugas kita ni nak mendidik 'rebung'saya sangat2 berterima kasih kerana kak G sudi datang berhari raya bersama-sama keluarganya dan anak-anaknya yang kecik dan comel..yang lelaki tu dah form 5 rupanya,yang nurse gigi tu pun comey gak,baby saya berkenan kat dia,sape ye namanya kak G..hehe..yg adik lagi comel....

tak lupa juga pada rakan se'IPG' saya, Zainal Somingan @ Wak,sifu saya jugak ni yang memperkenalkan saya tentang blog dan membantu saya dalam bidang prasekolah ni,dia pun datang bersama keluarganya..dapat jugak saya mengenali keluarganya.. terima kasih atas kesudian kalian datang ke rumah saya dan minta maaf atas segala kekurangan ye..oklah,nengok jelah gambar kat sini..

bergambar kenangan sebelum pulang..

Cikgu Zainal & famili sedang menjamu selera sambil menonton TV..

Baby girl..

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

wah..lamanye saya tak memblog..bukan senang nak cari masa nak menaip ni sambil menidurkan si kecil hehe..ok,saya mulakan dengan cerita RAYA!! Alhamdulillah pada raya yang keempat, pembantu saya Pn Norimah Thamrin telah selamat melahirkan baby girl seberat 2.4 di Hospital Sultan Ismail.Setelah berpantang selama beberapa hari Felda Adela,dia pun balik ke Taman Universiti untuk sambung pantang kat rumahnya sendiri ditemani ibunya..Nama baby comel putih lagi gebu tu Nurul Sofea Soleha..kami dah pun pergi melawat mereka dan baby serta ibunya berada dalam keadaan sihat..buat masa ni muka baby ikut muka ummi dia la..sekarang saya dibantu oleh Pn Yati,pembantu pejabat untuk melayan anak-anak saya semasa makan..tapi ni dah 3 hari dia xde,macam biasalah bab bab ngemas,nyapu,cuci bilik air ditanggung beres..hehe cikgunya lah yang buat..

gambar terbaru sofea dan umminya yang melawat ke prasekolah pada hari akhir persekolahan

Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri..

Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,minta maaf andaikata selama ini ada tutur kata,perbuatan dan penulisan yang mengguris hati..
kepada anak-anak murid,jemput la datang ke rumah Cikgu Syikin nanti..kepada sape2 lah yang mengenali diri ini terutama rakan2 blog,jemput la datang ke rumah saya Aidilfitri ini ye..teringin jugak jumpa kwn2 yg hanya dikenali melalui penulisan blog ni,hehe..

Cerita Ramadhan...

pejam celik pejam celik dah nak tinggal brapa hari aje lagi kita di bulan ramadhan..adakah kita akan bertemu lagi ramadhan akan datang?..semoga allah memanjangkan usia kita semua untuk beribadat dan cuba melakukan yang terbaik untuk diri kita,keluarga dan anak2 didik kita..siapalah saya untuk memberi tazkirah ni..

Ramadhan ini dan ketibaan Syawal nanti juga mengingatkan saya pada arwah anak murid saya, Adik Syahmi Amryn yang telah meninggalkan kita semua pada bulan Mac lepas..boleh baca label Dalam Kenangan bagi sesiapa yang ingin tahu tentang cerita pemergian arwah..walaupun saya hanya mengajarnya dalam masa 3 bulan pertama,telatah dan keletehnya serta perkembangan dirinya dari mula2 dia belajar sehingga menampakkan kemajuan dan peningkatan akan saya kenang sampai bila2..tatkala memakai tudung yang diberikan oleh ibu arwah kepada saya,hati ini pasti terkenang pada arwah..Al Fatihah untuk adik Syahmi...

Berbalik pada cerita Ramadhan,setakat ni anak2 murid ok,dapat bertahan untuk 3 jam lebih tanpa makan & minum..dan tahun ini tak ada sorang pun bawa bekal(tahun dulu2 ada,katanya saya tak tahan lapar la cikgu)..bila ditanya siapa puasa arini, ramai yang angkat tangan..tak kurang jugak yang tersenyum malu2 ngaku tak puasa. sebenarnya dalam usia begini kalau diorang dapat berpuasa setengah hari pun dah kira ok,pandai2 la kita sebagai parents dan cikgu bagi galakan supaya diorang dapat puasa sampai time buka.kat prasekolah ni bukan apa,nak latih diorang rasa malu kalau makan depan orang lain dan train sifat sabar..

tapi bab aktif tu memang macam hari biasalah..cergas memanjang budak2 ni..tak tau penat betul..letih cikgu syikin & puan ima nak control korang semua tau..Ima,pembantu saya pula dah sarat dan sedang menunggu masa aje untuk melahirkan baby first dia..saya doakan dia selamat melahirkan babynya..ima,baik ko sebat apa yang ko nak makan nanti raya ko kempunan plak,hehehe..

puasa ini juga mengingatkan saya ketika melahirkan puteri saya tahun lepas di bulan ramadhan..ikut due iklil hawa sepatutnya keluar 22 oktober 2008..nak dijadikan cerita 19 ramadhan @ 19 september saya dah kuar tanda..saya dan suami pun pergilah HSA,JB untuk buat pemeriksaan..setelah Dr check diorang kata "Lambat lagi ni kak,."..maka,pulanglah saya & suami ke rumah..kebetulan mama saya ada di rumah kerana esoknya 20 september,kami nak sambut birthday anak pertama saya..tgh malam tuh,tetiba saya dah rasa contraction selang setengah jam "ini bukan braxton hicks ni.dah nak bersalin ke aku ni"...saya nengok jam..lagipun ikut due ada 4 minggu lg,tp teringatkan abangnya dulu pun kua cepat 2 weeks dari jangkaan..mungkin saya dah nak bersalin...contraction makin kerap,selang 10 minit dan sempat jugak saya makan lauk sahur yang dimasak mama..kesakitan makin kerap..tetiba 'BURST!!'..ada air yang keluar,rupanya air ketuban saya pecah di rumah..husband siap tanya lagi "air apa ni"..ish..ish..sabor jelah..bersiap2 lah saya ke hospital subuh itu dengan iringan dan doa banyak2 supaya tak terbersalin dalam kereta huhuhu(teringat plak abby abadi) sebab sakitnya kali ini Allah yang tahu..dan peluk cium untuk anak lelaki saya,sorry sayang mama tak dapat celebrate birthday kali ni sebab agaknya adik baby nak kuar ari ni jugak,sama tarikh dengan birthday abang...

tiba di HSA,kakak nurse yang jaga kat kaunter bahagian bilik besalin boleh kata "eh,awak kan yang datang malam tadi kan"...tau tak ape..memang lah saya..lepas disaring,saya terus disorong ke bilik bersalin kerana bukaan sudah 8cm..bayangkan,malam tadi kata lambat lagi,tup tup paginya saya dah nak beranak..bersalin kali ini pun alhamdulillah,allah mudahkan plus husband pun boleh masuk...tepat jam 7.23 pagi 20 september lahirlah anak kedua saya yang memang tak sabar2 nak keluar dari perut mamanya dan nak sambut birthday tiap2 tahun bersama2 abangnya..

inilah permata hati mama dan abah, ammar hakimi & iklil hawa..counting 5 days before ur next birthday sayang..semoga jadi anak-anak yang soleh dan solehah..amin..

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Rasanya masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan beragama Islam..Semoga puasa kita akan beroleh keberkatan dari Nya dan diterima ibadat kita..Layanlah video raihan ni jap..

Bagi rakan-rakan guru yang akan mengambil peperiksaan PTK pada minggu ini semoga berjaya..hehe..dah ulangkaji belum..dan selamat bercuti juga!

Wednesday, August 12, 2009

Pendaftaran Prasekolah

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM

Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM

Syarat-syarat bagi memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia Sahaja - Merujuk kepada peraturan-peraturan (penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).

ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.(1 Jan 2010)

iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.

iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang.

v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa prasekolah.

Kepada ibubapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak/anak jagaan mereka memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sila dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut di sekolah-sekolah yang berhampiran tempat kediaman anda.

Inginkan yang terbaik untuk anak anda? Kelebihan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia :

1. Diajar oleh guru-guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang prasekolah..ni sangat penting bukan ambil berkelulusan SPM yang tangkap muat aje nak ajar budak2 kecil ni..kat negara2 barat tenaga pengajar prasekolah ada yg berkelulusan PhD. Kelas agama juga diajar oleh guru berpendidikan agama

2. Pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan - silibus mengikut kurikulum prasekolah kebangsaan,komputer,lawatan,karnival prasekolah,sukan prasekolah dan banyak lagi

3. Tiada yuran bulanan-yuran yang tinggi belum pasti menjamin kecemerlangan anak-anak!

4. Menu yang disediakan berkhasiat - bukan 'bibik' yang masak tau, tapi pembantu pengurusan murid. kesian kat anak-anak yang pergi tadika mahal2 sesetengahnya diberikan makanan yang tak berbaloi dengan yuran yang dibayar..

5. No 'skill and drill' but learning through play..program berfokuskan kemahiran dan berpusatkan guru menunjukkan prstasi yang baik dalam jangka masa pendek sahaja dan boleh membunuh minat untuk belajar..prasekolah menekankan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,bukan kognitif sahaja

Saturday, August 8, 2009

Fokus: Pendidikan prasekolah

Kanak-kanak perlu kuasai pengetahuan, kemahiran asas sebelum memasuki alam persekolahan formal

MENJADIKAN prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi mengukuhkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak sejak awal wajar kerana ia bukan saja dapat mencapai matlamat itu, malah mengimbangi penguasaan pengetahuan asas ketika mereka memasuki alam persekolahan formal.

Fenomena kini, ada sebahagian murid tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sekalipun sudah belajar di Tahun Enam kerana ketinggalan dalam pembelajaran, antara lain dikatakan berpunca pencapaian dan penguasaan kemahiran berbeza sejak memasuki Tahun Satu lagi.

Sehubungan itu, pelaksanaan prasekolah untuk semua kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan sebenar disifatkan mampu membantu perkembangan pendidikan seterusnya, di samping memudahkan proses pengajaran guru di bilik darjah.

Langkah itu juga memberi kesedaran pelbagai pihak, terutama ibu bapa supaya mementingkan pendidikan awal serta mengubah sikap mereka sebelum ini yang memandang ringan terhadap keperluan memberi pendidikan itu.

Kepentingan pendidikan prasekolah tidak dinafikan seperti kata tokoh akademik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, ia adalah permulaan memasuki dunia pendidikan yang mampu memberi kesan positif kepada proses tumbesaran.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, usaha kerajaan itu adalah langkah pembaharuan terhadap perkembangan pendidikan prasekolah negara.

Malah beliau yakin ia mampu melahirkan murid lebih matang apabila memasuki alam persekolahan, sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadap kurikulum dan tenaga pengajar pendidikan peringkat berkenaan.

Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, keperluan prasarana bagi memenuhi keperluan pendidikan prasekolah juga wajar ditingkatkan dengan memberi keutamaan kawasan luar bandar.

“Kita tidak mahu jurang antara kawasan bandar dan luar bandar semakin melebar jika kemudahan prasarana prasekolah tidak diagihkan dengan seadil-adilnya.

“Sekiranya wujud kekangan dari segi peruntukan sekali pun, kerajaan harus memastikan kawasan luar bandar menerima akses kemudahan itu terlebih dulu berbanding bandar.

“Aspek penyediaan guru prasekolah yang berwibawa juga penting bagi memastikan amalan dan pendekatan pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak,” katanya kepada Berita Harian.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa kerajaan bakal melaksanakan prasekolah bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak sejak awal.

Mengenai perkembangan prasekolah semasa, pelbagai pihak menjalankan program pendidikan peringkat berkenaan, antaranya iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Berdasarkan perangkaan, Kementerian Pelajaran melaksanakan program prasekolah di lebih 3,000 daripada kira-kira 7,000 sekolah rendah seluruh negara.

Sementara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat pula menyediakan 8,316 Taman Bimbingan Kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak luar bandar tidak tercicir dalam pendidikan awal.

Ia juga banyak disediakan pihak swasta bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan mewujudkan kemudahan itu hampir di setiap kawasan perumahan terutama di bandar.

Dari segi keseragaman penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas pula, Guru Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan USJ 20, Subang Jaya, Selangor, Zurihan Mohd Yusoff, berkata prasekolah penting bagi menentukan perkembangan pendidikan seterusnya.

Beliau berpengalaman 20 tahun mengajar murid Tahun Satu berkata, kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan prasekolah kerana ia memantapkan keupayaan dan persediaan mereka memasuki alam persekolahan formal.

Sambil mengakui wujud perbezaan ketara antara kanak-kanak mengikuti prasekolah berbanding yang tidak menerima pendedahan itu ketika memasuki Tahun Satu, beliau berkata:

“Murid gagal menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan baik dikenal pasti adalah mereka yang tidak mengikuti prasekolah.

“Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mengikuti kelas pemulihan bagi menguasai kemahiran berkenaan.

“Pada masa sama, mereka juga berdepan dengan kesukaran untuk bersosial antaranya bersikap malu dan takut bergaul dengan rakan lain.”

Berbanding murid mengikuti prasekolah, Zurihan berkata, mereka lebih berani, selesa, mudah mengikuti proses pembelajaran, mampu berkomunikasi dengan baik, selain menguasai kemahiran asas.

Justeru katanya, usaha kerajaan itu mampu mengubah situasi berkenaan, sekali gus membantu kanak-kanak lebih bersedia memasuki Tahun Satu dan mengatasi masalah penguasaan 3M.

Sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20090803072028/

Tuesday, July 28, 2009

Jom kita belajar pos surat..

Tema minggu ini ialah kemudahan awam.. ini subtemanya pejabat pos..boleh dikatakan pada tiap2 tahun inilah aktiviti yang sering saya buat bersama2 diorang ni iaitu belajar masukkan surat ke dalam sampul surat, tampal setem dan pos ke dalam peti surat..kalo nak lagi best boleh main peranan seperti pejabat pos..da banyak komponen bersepadu tu..pada kali ini saya minta mereka melukis gambar keluarga dan rumah..kemudian bila dah siap,ajarkan mereka lipat dan masukkan ke dalam sampul surat dan jangan lupa gam..kemudian minta anak2 kita tulis nama mereka (time ni mesti semua dah pandai tulis nama kan..) dan tugas kita pulak ialah tulis alamat lah..nanti tak sampai pulak kalau diorang yang tulis..hehe..minta murid beratur dan bayangkan mereka berada di pejabat pos untuk beratur membeli setem (walaupun sekarang ni dah guna sistem nombor,hehe)..kat sini kita boleh masukkan macam2 nilai2 murni seperti sabar menunggu giliran, berbudi bahasa (cakap terima kasih ye lepas membeli setem)dan macam2 lagi..jom nengok pic yang saya ambil ni..

cewah,tengah pegang sampel duit syiling ngan surat kesayangan..

cik,saya nak beli setem bole..

tampal setem la,koordinasi mata-tangan ye adik2

next step,post the letter..(tugas cikgunye nih sebenarnye)

`
Intan,Izwan dan Asnawi bersama surat masing2...

lepas ni semua mesti tak sabar2 tunggu surat sampai..tq abg posmen..

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails