Tuesday, July 28, 2009

Jom kita belajar pos surat..

Tema minggu ini ialah kemudahan awam.. ini subtemanya pejabat pos..boleh dikatakan pada tiap2 tahun inilah aktiviti yang sering saya buat bersama2 diorang ni iaitu belajar masukkan surat ke dalam sampul surat, tampal setem dan pos ke dalam peti surat..kalo nak lagi best boleh main peranan seperti pejabat pos..da banyak komponen bersepadu tu..pada kali ini saya minta mereka melukis gambar keluarga dan rumah..kemudian bila dah siap,ajarkan mereka lipat dan masukkan ke dalam sampul surat dan jangan lupa gam..kemudian minta anak2 kita tulis nama mereka (time ni mesti semua dah pandai tulis nama kan..) dan tugas kita pulak ialah tulis alamat lah..nanti tak sampai pulak kalau diorang yang tulis..hehe..minta murid beratur dan bayangkan mereka berada di pejabat pos untuk beratur membeli setem (walaupun sekarang ni dah guna sistem nombor,hehe)..kat sini kita boleh masukkan macam2 nilai2 murni seperti sabar menunggu giliran, berbudi bahasa (cakap terima kasih ye lepas membeli setem)dan macam2 lagi..jom nengok pic yang saya ambil ni..

cewah,tengah pegang sampel duit syiling ngan surat kesayangan..

cik,saya nak beli setem bole..

tampal setem la,koordinasi mata-tangan ye adik2

next step,post the letter..(tugas cikgunye nih sebenarnye)

`
Intan,Izwan dan Asnawi bersama surat masing2...

lepas ni semua mesti tak sabar2 tunggu surat sampai..tq abg posmen..

Warna warni Karnival Prasekolah Johor Bahru..

25 Julai yang lalu, telah berlangsung karnival prasekolah daerah jb bertempat di sk angkatan tentera,jb..dengan menampilkan 3 lg acara tambahan baru ygtidak kurang hebatnye iaitu spell it right,pakaian beragam dan pertandingan membaca telah menambahkan lg kemeriahan pertandingan ini..hebat & berwarna warni,cuba nengok kostum2 adik2 yang masuk pakaian beragam dan nyanyian & gerakan..dan yang paling bestnye, zon skudai telah mengungguli banyak acara yang dipertandingkan..bukan senang nak train budak2 ni tau..saya tabik kat cikgu2 yang masuk acara group spt tarian dan nyanyian & gerakan, sampai gabung sekolah..berapa bulan lah agaknya diorang bleh ingat step2 tu..seperti tahun2 dulu, kita fokus la pada kekuatan kita,so sekolah saya masuk acara individu dan rezeki kami pada tahun ini ialah pada pertandingan membaca..ok.. ini dia naib johan pertandingan membaca prasekolah daerah johor bahru, adik mohammad syafiq b mohd sani..

ok..jumpa lagi di tahun hadapan...

Friday, July 24, 2009

McDonalds' Kitchen Tour to Zoo Johor...

Salam...
23 Julai ye semalam, Prasekolah SKTU2 telah mengadakan lawatan ke McDonalds UTM dan Zoo Johor..naik bas..ya itulah antara pengalaman yg paling seronok dialami oleh adik2 ni sebab g ngan cikgu & kawan-kawan walaupun tempat yg nak dituju ni dah pernah pergi dengan family..feel lain bila pergi ngan cikgu dan kawan-kawan..sampai minggu depan pun cerita tak abis..itulah kanak-kanak..gambar2 kami naik bas..

kat McD kami mengadakan sambutan harijadi murid-murid prasekolah yang sambut hari jadi mereka pada bulan Julai..dah makan-makan ( set happy meals ayam emm yummy..)kami membuat lawatan ke bahagian dapur pulak..adik2 mendengar penerangan dari manager,kak siti hajar yang cukup sporting melayan karenah adik2 ni..dari bahagian ambil order drive thru, ke bahagian sejuk beku (adik2 merasa sendiri pengalaman masuk ke dalam freezer) kemudian ke bahagian masak..dapur la tu ( jgn pegang ape2 ye adik2,peralatan kat area ni panas2)..kemudian adik2 berangan pulak kat kaunter mengambil pesanan..pengalaman yang sungguh mengujakan..di akhir lawatan semua adik2 mendapat sijil,hadiah dan cenderamata dari pihak McD..kalau ada guru2 yang berminat untuk membuat lawatan ke McD saya cadangkan buat pada waktu pagi dimana masa tu belum bz sangat jadi crew restaurant tu pun boleh melayan kita dan murid2 pun berpeluang untuk melihat ke bahagian dapur..kalau buat time peak hour terutama 12-3 pm (set value meal ade promotion.. :)mereka xde masa nak melayan kita sangat.. apep pun terima kasih byk2 pada pengurus & crew McDonalds UTM kerana sudi melayan kami..jom nengok pic yg saya ambil ni..

ni gambar kat Zoo Johor..ooh,sudah lama tak ke sini.kali terakhir semasa anak yang sulung berusia 2 tahun..wow,banyak dah perubahan zoo ni,i'm quite impress..:) tapi tak banyak shot yang saya ambil memandangkan kaki ni dah rase cam nak tercabut dek kepenatan mengelilingi zoo plus menjerit n mengawal adik2 yang teruja sangat2 melihat pelbagai haiwan di depan mata..huhu

Sunday, July 19, 2009

Katak oh katak..

Bila anak-anak dah tido,inilah masa untuk conquer jap laptop ni..saya cuba mencari2 gambar2 yg sesuai untuk upload sebagai entri kali ini..emm jumpa pun.Simple kraf katak yang kami buat semasa tema serangga yg lama dulu..hehe,da basi la pun tp xpelah asalkan bole berkongsi..

bahan2nye ialah..
* kertas A4 berwarna hijau
* A small strip of red construction paper/creep paper pun boleh
* gam
* gunting
* warna krayon@pensel

langkah2 nye..
1.lipat kertas A4 kepada 3 bahagian, menjadi bentuk memanjang.
2.lipat lagi dan bahagikan kepada 4 bahagian pula, membentuk "W" shape.
3.bentuk "W" ni lah yg jadi bentuk katak.
4.lukis gambar mata katak.
5.gunting kertas / creep paper warna merah untuk dijadikan lidah.
6.Sekarang boleh masukkan ibu jari kita kat bahagian bawah kertas (konon2 mulut katak la ni)dan jari2 yg lain bahagian atas kertas)Puppet katak yang bermulut besar!.

dah siapkan..anak didik saya excited sangat ngan kraf ni..

ha..pastu apa lagi nyanyi la lagu katak si katak lompat..lagu ni ble didapati dalam CD Awal Sains..liriknya budak2 pun senang ingat sekaligus menerangkan tentang proses kejadian katak dari telur sampai jd katak dewasa..

katak si katak lompat
lompat la tinggi-tinggi
katak berkaki empat
bertelur dalam perigi

telur dilindung buih
menetas jadi berudu
berenang di dalam air
ke hilir mencari ibu

berudu berudu makin membesar
tumbuh kaki belakang
kaki depan keluar
ekor panjang hilang

berudu dah cukup sifat
jejari mula melekat
anak katak menjadi kuat
ke darat terus melompat

Thursday, July 16, 2009

Tips Menarik Untuk Ibu bapa

Artikel ni saya ambil di website dutchlady, susu favourite kami seisi keluarga..info yang sangat menarik dan berguna bagi kita sebagai ibu bapa & cikgu pra..

Mengekalkan tumpuan si manja ketika belajar

Ibu bapa hari ini sedar bahawa pendidikan dan pembelajaran penting dalam pembesaran anak mereka. Pakar psikologi menekankan bahawa seawal umur 6 tahun kanak-kanak sudah berpontensi untuk menyerap dan memproses ilmu. Sebab itulah ramai ibu bapa hari ini meluangkan masa bersama anak mereka dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menyanyi dan melukis.

Ramai ibu bapa mengeluh betapa susah untuk mengekalkan tumpuan anak mereka ketika belajar. Seorang ibu menceritakan kepada saya bahawa anaknya yang berumur 5 tahun akan hilang tumpuan hanya selepas 10 minit membaca atau menulis. Seorang ibu pula memberitahu saya, anak perempuannya yang berumur 4 tahun tidak akan duduk diam bila mendengar cerita yang dibaca walau selama 5 minit, tapi begitu asyik menonton kartun di tv selama berjam-jam.

Ingin saya nyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur 2-6 tahun secara semula jadinya mempunyai tempoh tumpuan yang terhad. Kebanyakan mereka, secara semula jadinya cergas dan aktif, dan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Tahap tenaga yang tinggi ini memang baik kerana mereka akan belajar sesuatu, tetapi cepat bosan bila aktiviti pembelajaran tidak menarik.

Berikut terdapat tip bagaimana mengekalkan tumpuan si manja ketika belajar:

Kesesuaian Masa
Pertama, pilihlah masa yang sesuai di mana si manja begitu cergas dan bersedia untuk menyerap ilmu. Kebanyakan si manja amat cergas dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, dan selepas 5.00 petang dan malam. Untuk pengetahuan ibu bapa, setiap kanak-kanak berlainan keunikan ritmanya, jadi mereka perlu tahu bilakah anak mereka paling cergas dan aktif.

The key principle here is not to try to teach your child something new and challenging when they are tired and drowsy.

Singkat tapi bermanfaat
Kedua, jadikan aktiviti pembelajaran singkat tapi bermanfaat. Bagi kanak-kanak 5 tahun ke bawah, jangan melebihi 30 minit setiap sesi dan bagi kanak-kanak 5-6 tahun, jangan melebihi 40 minit.

Kunci utama di sini ialah, ibu bapa jangan cuba untuk mengajar perkara baru dan yang mencabar ketika mereka letih dan malas.

Ibu bapa juga perlu tahu tempoh sesi pembelajaran bila menyentuh subjek yang susah. Contoh, apabila si manja diperkenalkan dengan penulisan, atau mengenal huruf buat pertama kali, kita perlu tahu bahawa ia melibatkan minda untuk menyerap maklumat baru. Maka, sesi yang pendek dan bermanfaat adalah lebih berkesan berbanding sesi yang panjang yang akhirnya akan membuatkan mereka letih.

Sesetengah ibu bapa menyetakan bahawa kanak-kanak perlu dilatih dengan waktu yang panjang untuk mempersiapkan diri dengan sesi pembelajaran di sekolah yang memakan masa 4-5 jam. Namun kita perlu ingat bahawa sesi pembelajaran di sekolah juga dibahagikan kepada tempoh 40 minit; di mana kanak-kanak tidak belajar perkara yang sama melebihi 40 mint.

Walaupun begitu, saya bersetuju kita boleh dan perlu melatih mereka untuk memanjangkan tempoh pembelajaran ini secara berperingkat-peringkat. Kita boleh mula dengan sesi pembelajaran yang pendek (kurang dari 20 minit) untuk si manja 2-3 tahun dan perlahan-lahan memanjangkannya bila umur meningkat.

Menarik minat
Ketiga, pastikan apa yang diajar bersifat interaktif. Kunci untuk menarik tumpuan si manja ialah dengan menawan hati mereka dengan perkara-perkara yang mereka minat melakukannya. Jadikan mereka pelajar yang aktif bukannya pasif.

Si manja perlu belajar dengan perbuatan (pembelajaran aktif), bukan sekadar mendengar (pembelajaran pasif). Pelajaran yang bagus melibatkan mereka bercakap, mendengar, melukis, membuat sesuatu dan banyak pergerakan.

Kebanyakan kedai buku mempunyai banyak aktiviti pembelajaran yang baik untuk digunakan oleh ibu bapa di rumah. Buku-buku ini dibahagikan kepada sesi individu dan setiap sesi mempunyai banyak aktiviti pembelajaran dari menulis sehinggalah mewarna, membaca cerita malah berlakon.

Bila pembelajaran melibatkan suatu aktiviti yang menyeronokkan, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi tentang tumpuan. Ia akan lahir dengan sendirinya pada diri si manja.

Menghadkan Televisyen
Ramai ahli psikilogi kanak-kanak tidak menggalakkan ibu bapa membenarkan kanak-kanak di bawah 3 tahun menonton tv. Pendebatan ini masih belum selesai. Sebahagian ilmuan berpendapat bahawa televisyen membantu mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai ilmu dan bahasa dalam masa yang singkat, dan sebahagian ilmuan pula berpendapat bahawa ia akan menjadikan minda kanak-kanak pasif.

Saya berpendapat bahawa ibu bapa perlu menghadkan masa tontonan bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun, supaya jangan melebihi 90 minit sehari. Ini kerana ada ketikanya televisyen mampu memberi pembelajaran pasif yang berguna di mana guru-guru tidak dapat melakukannya.

Hari Terbuka SKTU 2

alhamdulillah,kedatangan ibu bapa 100% for both classes..tahniah pd ibu bapa yg hadir..harap2 tahun-tahun berikutnya pun cam tu gak :)

Wednesday, July 15, 2009

Karnival Prasekolah Zon Skudai

yeah..sabtu lepas, 11 julai bertempat di sk kompleks uda telah berlangsung karnival prasekolah zon skudai..very happening and enjoyable..begitu bersemangat cikgu2 dengan anak murid masing2 tak sabar nak melihat hasil penat lelah melatih diorang ni...yang paling penting nak cungkil bakat-bakat anak-anak kita ni..kalah belakang kira,menang lagi ok..hehe..janji diorang dapat pengalaman & tanam keyakinan diri bila berhadapan dengan audien..tapi ada gak yang tak nak keluar suara,keluar air mata..huhu..

ini dia wajah-wajah confident adik2 prasekolah sk tmn universiti 2..hehe..

Finally, the result...alhamdulillah..

Naib Johan Pertandingan Membaca, Adik Mohd Syafik..

Tempat ke 3 Hafazan, Adik Hasya..

Tempat ke 3 Bercerita Bahasa Melayu, Adik Syafik dengan cerita bertajuk "Sang Monyet & Sang Buaya"

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails