Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, March 14, 2010

Kutu oh kutu..

Kalau kita perasan ada anak murid kita@anak kita sendiri selalu buat aksi tergaru-garu kepala macam atas ni kan,cuba belek rambut diorang..huhu,nilah yang saya jumpa kat rambut 'Comel'(bukan nama sebenar) masa kat kelas sebelum cuti aritu..'Comel'memamg budak paling comel dalam kelas.Bila belek helaian rambutnya yang halus tu,mak aiiii banyaknya telur2 kutu kat rambut dia..sian dia,patut la selalu tergaru-garu rambut.Kutu bukan sahaja suka pada rambut orang yang pengotor,tapi rambut yang bersih juga pun boleh kena kutu.

Cuba nengok gambar kutu yang telah dizoomkan ni..ee gelinya uwekk..

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala. Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Tanda-tanda
•Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
•Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
•Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Penyebab kutu
Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
•Sikat rambut.
•Perhiasan rambut.
•Tuala.
•Topi.
•Tudung kepala.

Cara merawat
•Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
•Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
•Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

Saya telah memberitahu ibu 'Comel' tentang perkara ini.Rupa-rupanya ibu 'Comel' tak ada buat tindakan apa-apa walaupun tahu rambut anaknya bermasalah.Ibu-ibu,please take action for the sake of our children especially bab2 kesihatan ni.Paling tidak pun beli la sikat kutu yang rapat tu dan rajinkan diri sikat rambut anak sampai kutu tu hilang. Ini yang saya buat pada Ammar masa umurnya 4 tahun dia terjangkit kutu dari kawannya kat nurseri.Memandangkan Cikgu Noi masih lagi mempunyai stok syampoo kutu,saya pun letak syampoo tu kat rambut Comel.Nama syampoo tu "Delice",bau wangi tak macam syampoo2 kutu yang lain.Tapi harganya mahal sikit la,botolnya kecik je dalam 15 ml dan harga kat farmasi tercatat kat situ RM15..tapi tak kisah la mahal ke tak,janji kutu x de lagi.Harap-harap naik cuti sekolah ni,tiada lagi kutu di rambut 'Comel' sebab saya pun dah send picture message gambar syampoo ni kat ibu Comel :)

Sunday, February 14, 2010

Cergas dengan secawan koko setiap pagi

Tidak semua makanan tambahan serasi, tingkat minda kanak-kanak

MEMILIKI anak pintar menjadi impian semua ibu bapa, lantaran itu tidak hairan jika ada segelintir melaburkan wang yang banyak untuk memastikan anak kecil mereka dapat dibentuk memiliki kemampuan mental (IQ) mengatasi rakan sebaya.

Tidak kurang juga yang leka membelek iklan mengenai produk yang digembar-gemburkan dapat meningkatkan keupayaan minda anak, membandingkan yang terbaik dan akhirnya membeli semua yang dipaparkan tanpa mengambil kira sejauh mana kebenaran ia boleh menjadikan seseorang kanak-kanak itu pintar.

Pakar pemakanan yang juga Pensyarah Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, mengakui makanan memang berupaya meningkatkan keberkesanan otak kanak-kanak tetapi tidak semestinya menerusi pengambilan makanan tambahan kerana apa yang penting ialah kesedaran ibu bapa memastikan anak mendapat makanan seimbang.

Katanya, tidak semua makanan tambahan serasi dengan kanak-kanak dan yang paling penting, ibu bapa mengetahui kandungan bahan yang diberikan kepada anak mereka.

"Memang ramai ibu bapa cenderung memberi makanan tambahan kepada anak mereka, terutama apabila ia dikatakan mengandungi pelbagai bahan yang dapat meningkatkan kecerdasan anak-anak. Saya tidak menolak keperluan membekalkan tumbesaran anak dengan makanan seimbang tetapi tidak perlu berhabisan.

"Ramai yang tidak mengetahui sekadar makanan berasaskan koko sebenarnya cukup berkesan mengembang dan menajamkan minda kanak-kanak. Secawan koko atau kopi ketika sarapan pagi sudah cukup membuatkan mereka cergas. Ia sudah terbukti secara saintifik.

"Nasihat saya, pastikan mereka mendapat vitamin A, B, C dan E mencukupi kerana ia berkaitan dengan otak. Minyak ikan juga penting, selain mendapatkan keperluan Omega 3," katanya.

Kata Prof Suhaila, kelulusan yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan seperti yang tertera pada label pelbagai makanan tambahan yang berlambak di pasaran tidak menjamin keberkesanan tetapi diberi pengiktirafan dari segi kebersihan dan keselamatan berdasarkan dos yang diberi.

Beliau turut mencadangkan ibu bapa membuat ujian sendiri untuk menentukan keberkesanan makanan tambahan yang diberi untuk mengukur kecerdasan minda anak.

"Buat ujian sebelum dan selepas memberi makanan tambahan yang didakwa boleh menajamkan minda anak-anak untuk mengenal pasti keberkesanannya. Apa yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa kepada makanan tambahan yang diambil ialah kandungan vitamin dan mineral.

"Saya cadangkan kepada ibu bapa supaya memberi kopi atau minuman berasaskan coklat sekurang-kurangnya sekali sehari kepada anak kerana ia secara saintifik sudah terbukti memperbaiki minda mereka.

"Kafein yang ada dalam kopi akan dinyah dengan sendiri dalam masa 12 jam. Katakan mereka minum kopi pada jam 7 pagi, menjelang 7 malam ia sudah tiada dalam badan. Seeloknya, kopi diberi minum pada awal pagi. Jika kanak-kanak mengantuk dalam kelas, berikan mereka gula-gula kopi," katanya.

Selain itu, makanan berasaskan kismis, buah-buahan seperti beri biru dan strawberi serta sayuran-sayuran yang berwarna juga baik untuk otak.

Prof Suhaila turut mencadangkan kepada ibu bapa supaya selalu melakukan latihan otak dengan membiarkan anak bermain permainan komputer pada waktu dan tempoh masa yang sesuai.

"Permainan komputer
terutama permainan tenis atau badminton cukup baik menggerakkan minda kanak-kanak kerana mereka terpaksa mengerah otak untuk membalas setiap pukulan yang dibuat. Mereka perlu bertindak pantas. Namun pastikan mereka tidak terlalu asyik sehingga tidak melakukan senaman fizikal.

"Galakkan anak menghafal doa, surah al-Quran dan sifir kerana ia juga terbukti berkesan menajamkan minda. Begitu juga dengan permainan teka teki, bermain susun gambar yang memerlukan anak menggunakan otak untuk menyelesaikannya. Menggalakkan mereka mencari sendiri jawapan kepada soalan yang diberi juga membantu.

"Saya juga mahu mengingatkan ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak melakukan pergerakan fizikal. Pastikan berat badan mereka tidak berlebihan kerana jika terlalu banyak lemak, otak memang lembap," katanya.

Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20100213215515/Article/index_html

Minuman yang selalu diminum olehku dan anak-anak,hehe..milo

Friday, February 12, 2010

G6PD

Antara perkara terawal yang perlu dilakukan oleh cikgu prasekolah dari aspek kesihatan murid2 di awal tahun ini adalah melengkapkan kad gigi, memberi surat kebenaran kepada ibu bapa berkenaan ubat cacing,merekod tinggi,berat dan melakukan pemeriksaan mata serta memeriksa rekod kesihatan murid-murid samaada mempunyai sejarah atau apa-apa penyakit. Periksa punya periksa jumpa nama penyakit ini,G6PD?. Apa tu..tak pernah dengar pun..mmg,masuk prasekolah dan dapat anak kedua ni baru tau ada nama penyakit tu..kebetulan pula ada anak murid yang ada penyakit ni..Maka untuk mengetahui lebih lanjut,ini carian yang saya jumpa..

G6PD penyakit kurang enzim

'GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency' atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.

http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/9901-g6pd-penyakit-kurang-enzim.html

Ooo..kalo gitu,budak2 ni tak boleh makan kacang parang la ye..dalam menu sekolah mmg xde.. nilah rupanya kacang parang tu aka flava beans @ kcg kuda

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails