Thursday, December 9, 2010

BBM dari kalendar lama....

Bulan Disember hampir ke penghujungnya. Rasanya ramai di antara kita telah memiliki kalendar untuk tahun 2011. Apa nak buat dengan kalendar meja 2010 ni? Sebelum buang ke dalam tong sampah, fikir dulu…kalendar meja ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar untuk anak murid kita.

Kalendar meja ini boleh dijadikan:

1. Bahan bantu mengajar mengikut tema. Contohnya seperti kalendar bawah ini untuk Tema Pekerjaan’ sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
2. Untuk ejaan kvkv,kvk,kvkvk seperti yang dibuat oleh penulis Dol Hj Nekmat
3. Untuk matematik

Pendek kata boleh dipelbagaikan mengikut kekreatifan cikgu-cikgu.

Murid-mridboeh menggunakanna secara indiviu atau brpasangan.

Apa lagi,mari kita kumpul kalendar meja!

Dijadikan kad selak untuk Bahasa Malaysia

Dijadikan bacaan bertema

Wednesday, December 8, 2010

19 minit yang mendebarkan..

4 Disember 2010 – 37 minggu 5 hari baby dalam perut, tergerak hati mengajak suami pergi membeli belah keperluan persekolahan Ammar yang akan naik darjah 1 tahun hadapan…huh,padahal jalan dah macam penguin tapi ku gagahi bawa perut yang besar ni ke Tesco Bukit Indah ;)

5 Disember 2010 – 37 minggu 6 hari , masih rasa larat lagi nak ke majlis walimatul urus 2 tempat pulak tu hehe…makan punya pasal…satu di Alumni UTM,satu lagi di Senai. Sudah ada ‘show’ (lelehan berwarna coklat+merah darah) yang sedikit tapi belum rasa sakit…Berdasarkan pengalaman anak ke 2, kalau ada ‘show’ tapi tak rasa sakit Dr tak tahan dah suruh balik. Jadi ambil keputusan tak ke hospital.

6 Disember 2010 – 38 minggu
Suami dah masakkan mihun sup untuk sarapan kami. Suami ke tempat kerja seperti biasa dengan pesananku ‘jangan balik lambat tau nak baca doa akhir ngan awal tahun sama2 nanti’. Ada show lagi, keadaan sama seperti nak bersalinkan Hawa,detik hati..tak apa,tunggu sakit yang betul2 baru pergi hospital.Tak nak kena ‘seluk’ banyak kali. Mama pesan suruh makan banyak2 supaya ada tenaga nak teran nanti. Pesan kat suami,tengahari nanti nak makan nasi dan lauk yang banyak,hehe. Lepas lunch,periksa sekali lagi barang yang nak bawa ke hospital

Lepas Asar, perut sudah rasa sakit tapi tak tetap….kejap 7 minit,10 minit…ye ke ni nak bersalin. Teringat bersalinkan Ammar dulu 38 minggu. SMS suami suruh pulang cepat sikit. Tiba-tiba elektrik pula tak ada. Sabar jelah, plan nak ke rumah Mama malam ni kalau masih lagi tak ada elektrik. Mama suruh hantar anak-anak ke rumahnya tapi dia nak ke masjid dulu petang ni.
Suami pulang,tapi dia memang Mr Cool Guy, masih relax lagi, orang dah sakit2 ni…

Maghrib – Sudah ada elektrik,lega. Contraction makin kerap dan sakit yang amat sangat keadaan yang sama macam nak bersalinkan Hawa dulu. Berdoa dalam keadaan berjurai-jurai air mata mengalir menahan kesakitan yang amat sangat…Mr Cool Guy dah mula panik. Jom kita ke rumah mama hantar anak2,pastu g hospital,katanya. Suami sms Dr Rajesh.

Sampai rumah,Mama dah ke masjid dari jam 6.30 ptg lagi. Ingat nak tunggu Isyak dulu dan jumpa mama,tapi sakit dah tahap maksimum,nak masuk kereta pun kena papah..huhu..Anak-anak tinggal dengan Makcikku yang duduk sebelah rumah Mama..with hug & kisses to my kids

8.20 malam menuju ke Hospital Columbia Asia….dalam kereta segala zikir dan ayat Quran yang ku ingat dah kubaca setiap kali kontraksi datang..Subhanallah,hebatnya kesakitan yang Allah beri untuk melahirkan seorang lagi Khalifah ke dunia ini…Nasib baik traffic ke Bukit Indah pun ok. Kalau nak ke HSA @ HSI @ Puteri confirm bersalin dalam kereta…

8.30 malam – Sampai di Bahagian Kecemasan. Terus dibawa ke Bilik Bersalin. Mana Dr Rajesh ni??
Suami pergi mendaftar dulu.Midwives yang ada Auntie Zainab (mommy Yantie,kawan masa sekolah) dan Sister Kamaliah kelihatan begitu sibuk menyiapkan apa yang patut…Pooop!! Air ketuban pecah dengan sendirinya. Diorang semakin kelam kabut dan pesan jangan teran dulu (boleh gitu??)Dr Rajesh sampai, suami sudah disisi memberi semangat dan bermulalah proses melahirkan Amsyar. Semua memberikan kata-kata semangat..

Semuanya berlaku dalam masa 19 minit , tepat jam 8:49 malam, Awal Muharam 1432H lahirlah Amsyar Hamizi ke dunia….Alhamdulillah…

Dr beri peluang suami potong tali pusat, Amsyar diletakkan di sisi ku…diambil semula dan dibersihkan untuk diazankan oleh abahnya sebelum dibawa ke ‘nursery room’. Aku minta untuk ‘breasfeed’ Amsyar sepenuhnya .

Aku sudah tak berdaya…diberi minum Milo…rehat dan dibawa ke bilik…Esoknya menerima beberapa kunjungan daripada jiran dan rakan taulan. Terima kasih kerana datang melawat mama Amsyar dan Amsyar. Alhamdulillah dari pemeriksaan Dr,kami boleh keluar hari itu juga.Dari pemeriksaan Dr Izzuddin, Amsyar pun tiada simptom GBS +.

Terima kasih mama,mak,suami dan ahli keluarga serta rakan yang mendoakan saya…
Untuk encik suami yang banyak berkorban,terima kasih atas segalanya. InsyaAllah,mama sanggup lagi kalau diberi rezeki untuk lahirkan zuriat kita yang seterusnya.
Terima kasih juga pada Dr Rozana,Dr Nurul , Dr Salmah dan semua jururawat di Klinik Kesihatan UTM,tempat saya menjalani pemeriksaan antenatal.
Terima kasih pada Dr Jatesh ,Dr Izzuddin, Auntie Zainab dan warga jururawat di Hospital Columbia Asia Nusajaya atas layanan yang sangat mesra dan memuaskan. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh lagi bersalin di sini,..
Kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah di facebook dan telefon atas rezeki awal Muharam ini,terima kasih banyak-banyak.

Semoga aku dipermudahkan dalam proses berpantang dan dapat menyusukan Amsyar sepenuhnya seperti abang dan kakaknya…ameen..

Dah bersalin...Alhamdulillah..

Memperkenalkan bakal murid prasekolah 2016,hehe...
Amsyar Hamizi b Abd Basid, lahir pada 6 Disember 2010 jam 8:49 malam. Berat 2.72 kg,lilitan kepala 34cm,panjang 48 cm..inilah baby yang dalam perut Cikgu Syikin tu,yang anak murid prasekolah cakap 'bantal' tu hehe

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya dan mendoakan semoga saya mudah bersalin. Saya akan bercuti selama 60 hari dan kembali semula berjumpa anak-anak prasekolah pada 7 Februari 2011...

Wednesday, December 1, 2010

Persediaan sebelum bersalin

Kerja-kerja sekolah :

1. Pengesahan pendaftaran murid pra – done,Alhamdulillah dengan bantuan Cikgu Noi.Thanx kak noi,cayang kakakku..
2. Lembaran kerja untuk awal tahun depan – dah siap,tinggal difotokopi lagi. Insyaallah siapa yang kena ganti kelas,harap tak pening kepala nak ngajar apa. Buku panduan ikut tema dan minggu pun dah disediakan. Buku rekod mengajar pun dah disediakan
3. Order uniform dan baju sukan-settle…Dah order dengan Mr Chua dan Pn Zana
4. Pengurusan fail – yang ni tak siap lagi,huhuhu…
5. Pengurusan ruang kelas- Pembantu kelas,Ima yang buat masa cuti ni,thanx Ima…setakat ni ok la. Yang penting kelas nampak luas dan bersih. Projek mural kena postpone lagi…

Barang2 nak bawa pergi hospital pun dah pack siap-siap letak dalam kereta. Tapi ni saja nak senaraikan lagi supaya senang nak refer lain kali,hehe…

Ku sediakan 1 beg untukku, 1 beg untuk baby, 1 bakul isi termos+makanan dan 1beg abang+kakak untuk duduk rumah nenek @ ibu masa mama masuk hospital

Mamanya punya :
1. GL
2. Buku merah
3. T shirt
4. Kain batik
5. Alatan mandian
6. Tuala
7. Maternity pad
8. Breast pump
9. Breast pad
10. Baju sejuk
11. Tudung/anak tudung/”adik2 dan kakak2”
12. Selipar
13. Telekung & buku
14. Stokin

Baby punya :
1. Diapers (cd@dd)
2. Baju lengan pendek & seluar
3. Baju lengan panjang dan seluar
4. Mitten n booties
5. Tuala
6. Selimut yang ada hood
7. Topi
8. Tisu basah

*barang-barang baby bawa lebih sebab biasanya baby yang mak dia ada gbs+ kena tahan kat wad pediatrik, Dr nak monitor perkembangan baby.

Bakul :
1. Termos
2. Air zamzam
3. Kurma
4. Madu
5. Milo/susu peket
6. Biskut
7. Mug

*Barang-barang dan baju baby adalah warisan dari abang dan kakak..hehe..mama beli sikit-sikit je buat tambah-tambah bila iman mama tergoda nengok baju yang cute-cute tu

Doa-doa menjelang bersalin

Ambil dari buku ‘Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi’…terbitan Darul nu’man…best buku ni,agak complete jugak senang nak rujuk.

1. Surah Al Anbiyak ayat 87
2. Ayat Kursi
3. Surah Al-A’raf ayat 54
4. Surah Al-Falaq
5. Surah An-Nas

Dikesempatan ini,sebelum saya cuti bersalin,saya ingin meminta maaf andai ada keterlanjuran kata yang menyinggung hati pembaca blog ini.Terima kasih kepada yang sudi membaca catatan saya,tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak pandai. Sekadar berkongsi pengalaman dan luahan hati kerana hati seorang guru @ seorang ibu..Semoga kelahiran baby ke 3 ini dipermudahkan Allah jua..

Thursday, November 18, 2010

Sukan SKTU2 2010

12 November 2010..di padang SKTU2...

kasturi oh kasturi,kena mandi bunga ni...asyik corot aje,hehe..

takpelah yang penting semangat kesukanan tu...lebah2 sekelian,kamu semua dah buat terbaik dan sangat comel..khemah kita pun macam birthday party event yang penuh ngan belon dan pooh teacher shana dan cikgu syikin...tahun depan kita cuba lagi ok!! Tahniah pada rumah Hang Tuah yang menjuarai sukan tahun ini..

sebelum :gambaran khemah rumah kuning dengan cikgu2 yang bersemangat termasuk mak yong baju coklat hehe

selepas : taraaaa..selepas di 'touch up' khemah ni nak jadi sarang lebah2..

Perbarisan Rumah Kuning

Wednesday, November 17, 2010

Yahoo..kami dah konvo!!

Konvokesyen Prasekolah Zon Skudai 2010-11 November 2010 di Dewan Taman Universiti Skudai

Tuesday, November 2, 2010

Cerita anak ayam terkentut & katak-katak comel melompat...

Lega betul rasa dah selesai satu tugasan...

Anak-anak prasekolah buat persembahan sempena Karnival Bahasa Melayu hari ini..

Adik Muhammad Adam Al Hakim dengan cerita Anak Ayam yang menakutkan Musang dengan bunyi kentutnya dan persembahan nyanyian "Lompat si katak lompat"...comey betul katak-katak ni,hehe...korang buat cikgu tersenyum lebar dengan persembahan korang...

Bergambar di kelas dulu

Adam tengah menghafal cerita

Katak-katak yang comel sedang buat persembahan

Katak kembar yg cute,Tiqah & Thirah,Khaliesah dan Syahirah

Hafizul,Daniel,Asyraf dan Ammar

video akan diupload sedikit masa lg,inshaALLAH...

Friday, October 29, 2010

Menghitung minggu….{^_^}

Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk minggu ke 33..

Dah tak larat ni sebenarnya..adeh..

Anak first keluar masa 38 minggu…

Anak second keluar masa 36 minggu…

Anak third?....prepare jelah…

Oh adik baby XY…keluar lambat sikit ye..mama banyak lagi kerja tak settle..nak tengok konvokesyen abang-abang dan kakak-kakak prasekolah..hari sukan kena jadi urusetia…emm banyak lagi kerja kat prasekolah tak siap tu..

Secara ringkasnya aku ceritakan sedikit sebanyak pengalaman mengandungkan 3rd baby ni.Pemeriksaan antenatal dibuat di Pusat Kesihatan UTM mengikut tarikh temujanji yang telah ditetapkan pada hari Khamis. Aku sarankan pada kawan-kawan yang mengandung lebih baik kita pergi klinik kerajaan (ramai tu mmg biasa la) sebab pemeriksaan lebih teliti dan banyak yang Dr tu tulis berbanding di klinik swasta. Bila nak bersalin nanti Dr kat hospital nak refer pun senang. Aku prefer pergi Klinik Kesihatan UTM sebab husband kerja UTM jadi gunalah peluang ni,tak yah bayar hehe..bukan sebab tu je tapi pemeriksaannya teliti,check semua guna peralatan moden tapi scan dia je yang x clear. Kakak2 nurse yang baik dan sangat membantu dan yang penting tak lama. Orang luar pun boleh juga nak check kat sini.

Prosuder kat Klinik Kesihatan UTM ;

1. Ambil nombor giliran di kaunter hadapan
2. Terus ke bilik belakang di bahagian nurse2 berada untuk ambil kad merah,timbang berat dan tekanan darah.
3. Ikut arahan nurse samaada perlu ambil darah @ urin atau kedua-duanya.
4. Ke bahagian makmal pula di bahagian bersebelahan klinik pergigian untuk tahu keputusan urin dan darah.
5. Dah dapat result,pergi scan nombor kat depan dan tunggu nombor giliran kita dipanggil (time ni kalau ramai student yang sakit memang lambat la jawabnya sebab kita bersaing skali dengan pesakit2 lain).
6. Bila nombor dah panggil, Dr akan periksa dengan teliti dan beri tahu vitamin apa kena ambil. Keluar bilik Dr,jumpa nurse untuk ambil tarikh janjitemu seterusnya.
7. Ke bahagian farmasi,scan nombor dan tunggu no dipanggil untuk ambil ubat
8. Selesai…

Masalah yang dihadapi sepanjang kehamilan :

1. Morning sickness uwek..uwekkk…sampai bulan ke 4
2. Aku adalah insan yang ‘terpilih’ untuk kena group B strap semasa kehamilan. Masa pregnant yang kedua pun dulu macam tu juga tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa berlaku. Doktor yang check aku kat klinik UTM tu pun ada gbs + ni jadi dapatlah kami bertukar2 pandangan tentang perkara ini
3. Jerawat!!!Entah kenapa mengandung kali ni keluar jerawat banyak pulak tu. Bila masuk 2nd trimester baru ok..
4. Hidung berdarah je,sebelah kanan plak tu..guna Vaseline baru ok
5. Kaki selalu lenguh..kes kurang minum susu + terlupa makan pil kalsium la ni

Nak bersalin di mana???

Kalau orang tanya soalan ni,aku jawab mana yang sempat,huhu…sebabnya ;

Berdasarkan pengalaman bersalin dulu ku ni jenis ‘quickening felt’…keluar show, contraction, ketuban pecah..pergi hospital,Doktor chek ‘jalan’ ..tak berapa lama tu pun bersalin..pengalaman bersalin no 2 nasib baik tak terbersalin dalam kereta. Husband dah bawa kereta macam F1,hehehe..so hospital mana yang dekat ngan aku berada masa ‘sakit’ tu lah yang akan jadi pilihan. Antara hospital2 nya ialah :

1. Hospital Sultanah Aminah
Hospital ni doktor pakar ada,kelengkapan pun lengkap,nurse alhamdulillah setakat ni layanan baik, menggalakkan penyusuan susu ibu…yang tak best nya sekarang suami dah tak boleh temankan isteri dalam bilik bersalin dan wad yang selalu penuh…dan lagi satu nak ke HSA sekarang ni jalan tengah macam2 constuction…kalau jem+peak hour mungkinkah terbersalin dalam kereta..

2. Hospital Sultan Ismail
Orang cakap selesa..Cuma agak jauh sikit la…tapi kalau masa tu tengah jalan-jalan kat Jusco Tebrau,adik baby bersalin kat hospital sinilah ye,hehe..

3. Hospital Kulai
Tak ada pengalaman bersalin kat sini tapi orang cakap pun selesa dan tak ramai orang.

4. Perdana Specialist Maternity Centre
Ha…yang ni lagi dekat dengan rumah..Belakang Jusco Taman Universiti je. Cuma kena sediakan duit lebih jelah..

Harapnya kelahiran ke 3 ini akan dipermudahkan oleh Allah juga..amin…

perut minah salleh mana ntah ni...cutenya kaki baby tu kicking :)

Cuti bersalin 90 hari??..bestnya,tapi kali ni tak dapat la nak mohon sebab baby lahir 2010..insyaAllah next baby la.. tapi sure ramai cikgu yang tak setuju,lagi satu peningkan kepala pentadbir nak cari cikgu 'relief' kan..tapi bagi aku yang menyusukan anak,memang SETUJU...nengok kat bawah ni,info ni ambil dari slah seorang rakan bloggers

> Brazil - 4 bulan bagi ibu, 7 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

> Cameroon - 3 bulan bagi ibu, 10 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

> China - 3 bulan, gaji dibayar 100 peratus.

> Itali - 5 bulan, 80 peratus gaji dibayar selepas bersalin.

> United Kingdom - 7 bulan, 90 peratus gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan.

> Sweden - peruntukan 450 hari cuti berbayar keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat. Kemudahan disediakan untuk penyusuan.

> Perancis - 16 minggu (4 bulan) cuti bersalin pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak yang berikutnya cuti adalah 24 minggu (6 bulan).

> Norway - cuti bersalin 42 minggu pada gaji penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji. Negara itu juga mempertimbangkan pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun mengikut keperluan pekerja.

> Belanda - menyediakan manfaat cuti bersalin 16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak berbayar sehingga enam bulan.

Tapi ada juga yang tak bestnya cuti 90 hari ni menghadkan bilangan anak memandangkan peruntukan cuti untuk 300 hari je..jadi kena pandai-pandai plan ye kawan-kawan..

Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah Johor Bahru

Tarikh : 2 Oktober 2010
Tempat : Dewan Tmn Universiti & SK Taman Universiti 4,Skudai

Selaku urusetia kami nak ucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Memang memenatkan maklumlah 2 tempat acara tu tapi rasa sangat puas hati sebab dapat pengalaman yang sangat bemakna.. Tahniah pada adik-adik yang berjaya dan mewakili Johor Bahru ke peringkat negeri yang berlangsung di Kulaijaya pada 24 & 25 Okt ni. Yang paling best semua dapat bear kan…

Para hakim yang sedang mengadili acara di Dewan Tmn Universiti

TQ AJK semua

* Keputusan karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Johor

Johor Bahru - Johan Tarian rampai, Johan sajak, Johan Bercerita Bahasa Inggeris dan naib johan mewarna...tahniah cikgu2 JB

Cerita Jamuan Raya..

Last Syawal hari Jumaat,nak kasi diorang enjoy…cikgu2 nya pun nak relax sket hehe..nyanyi lagu raya dengan budak2 ni..buat fashion show..sesi fotografi ikut warna tema baju and of course makan2…LAYAN…

Bergambar ikut tema...

Makan kuih raya..nyum nyum..

Karnival Pendidikan Prasekolah Zon Skudai

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 kami menghantar seramai 11 orang wakil untuk acara Bercerita Bahasa Melayu, Membaca Bahasa Melayu,Membaca Bahasa Inggeris, Pakaian Beragam, Hafazan, Bijak Matematik dan Mewarna

Wajah2 comel peserta-peserta prasekolah SKTU2

Alhamdulillah acara Bijak Matematik dapat nombor 1 & 3. Tahniah adik Muqriz dan Asyraf. Acara Hafazan Surah Lazim dapat nombor 3,tahniah adik Syahirah

Tahniah juga pada Cik Manja dan warga SK Seri Perling 2,selaku tuan rumah Karnival Zon Skudai di atas penganjuran yang lancar..

Friday, August 13, 2010

Saya puasa.. ^_^

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada permulaan ini, jangan memaksa anak berpuasa satu hari penuh tetapi biar mereka berpuasa mengikut kemampuan.Untuk mendidik anak berpuasa ibu bapa perlu menggunakan pendekatan secara psikologi.Kaedah upah @ ganjaran boleh digunakan pada permulaan seperti memberikan wang atau hadiah yang diidamkan sebaik ibadah puasa selesai namun begitu apabila usia anak kita meningkat amalan berpuasa ini sudah sepatutnya difahami sebagai ibadat yang dilakukan kerana Allah SWT,bukan kerana duit atau hadiah. Di samping itu jangan lupa tentang aspek pemilihan makanan anak-anak ketika bersahur dan berbuka.

Tahun ini merupakan tahun pertama anak saya,Ammar 6 tahun berpuasa. Alhamdulillah setakat ini dia telah menyempurnakan puasa penuh selama 3 hari dan satu hari lagi hanya terdaya setengah hari...Syabas anak mama.

Di bawah ini saya berikan sedikit panduan ketika bersahur untuk anak yang dipetik dari Majalah Pa&Ma:
1. Pastikan makanan yang diberi kepada anak seimbang seperti disarankan dalam piramid pemakanan
2. Jangan biar anak minum terlalu banyak air bagi mengelakkan perutnya berasa tidak selesa dan kerap ke tandas
3. Pastikan anak bersahur lewat sedikit agar tidak berasa letih dan lapar.

Panduan ketika berbuka pula:
1. Pastikan anak berbuka dengan air,kurma atau buah buahan.
2. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka.
3. Kurangkan pengambilan makanan berminyak,berlemak,berempah dan pedas.
4. Seeloknya,berbukalah dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan kelesuan.

Berikut pula beberapa tips yang saya gunakan untuk menggalakkan Ammar bersahur :

1. Bercerita tentang kelebihan bulan Ramadhan, kenapa kita kena puasa, kenapa abah dan mama sembahyang terawih dan tadarus Al Quran, kenapa kita bersedekah dan sebagainya. Jangan terlalu fokus kepada mesti berlapar semata-mata dan kena makan banyak-banyak tetapi ceritakan juga ganjaran orang berpuasa.
2. Bertanya pada anak apa yang ingin dia makan ketika berbuka dan sahur. Buat permulaan kadangkala kita kena menyuap anak bersahur dengan matanya yang separuh terpejam,hehe..
3. Ada masa-masa "kritikal" dimana anak akan teringat kepada makanan/minuman. Pujuk anak sambil cari alternatif apa aktiviti yang boleh membuatkan mereka lupa yang mereka berpuasa. Contohnya, membacakan buku cerita, bermain game komputer,melukis dan membuat kraf bersama anak-anak, mengaji atau ajak mereka tidur. Semua perlu 'try and error'

Blog anakku soleh juga ada menyediakan bahan yang boleh dimuatturun berkenanaan dengan mendidik anak berpuasa. Saya suka blog ini!

Semasa sesi 'circle time' bersama-sama anak-anak prasekolah saya pula :

Cikgu Syikin : Ok...semua pegang perut masing masing-masing..kita nak cakap dengan perut kita ok
Murid-murid : (semua letak tangan kat perut)
Cikgu Syikin : Perut..perut,harini saya berazam nak puasa penuh..perut kena tahan lapar ya. Makanan dan minuman tak boleh kenyangkan perut tapi Allah yang boleh. Sabar ye perut..
Murid-murid : (semua ikut sambil usap perut dan senyum gembira)

Tips ini pun diambil dari blog Anakku Soleh

Ok, selamat memunaikan ibadat di bulan Ramadhan ini. Semoga segala ibadat diterima Allah,amin

Monday, July 19, 2010

Super Simple Songs

Terima kasih pada kawan ku, Cikgu Azianti yang berkongsi link ini...Best lagu-lagu dia dan ada kaedah mengajar yang boleh dipraktikkan..sila layari http://www.supersimplesongs.com/ untuk mengetahui lebih lanjut lagi :)

Klik untuk ABC song

Klik untuk Phonic a-i

Klik untuk Phonic j-r

Klik untuk Counting 1-20

Yang ni pun fun, skeleton dance..anakku suka,korang mesti suka punya...

Confuse??...Kenapa dengan perut Cikgu Syikin?

Ha..nengok tu,perut Cikgu syikin sudah nampak gambaran..eh,kenapa dengan perut cikgu?

Ayat Murid H : ala..kita tau,cikgu letak bantal kat perut dia..
Ayat 'somebody' : eh eh..buncit la perut cikgu syikin tu,tak pandai jaga badan ek..

Kedua ayat diatas buat diri ini tergelak..hehe..ini buncit berisi la..

Mesyuarat Karnival Prasekolah Daerah Johor Bahru

Mesyuarat Karnival Prasekolah Daerah JB yang dipengerusikan oleh En Jamaluddin A. Rahman telah memutuskan :

Karnival Zon : 25 September 2010
Karnival Daerah : 2 Oktober 2010
Acara yang dipertandingkan :

Bercerita BI/BM,Deklamasi sajak,membaca BM/BI,Hafazan,Mewarna,Block puzzle,Bijak matematik,Nyanyian solo,nyanyian & gerakan,tarian rampai dan pakaian beragam

p/s: Bijak matematik dan membaca BI tu acara baru ye

selamat melatih anak murid kita...
Mesyuarat turut memperkenalkan pegawai baru, Pn Ros Normala bt Mohd Kia, Pen PPD Prasekolah dan Permata..Tahniah dan selamat meneruskan tugas puan :)

Si Pencuri Printer

Surat cinta sang pencurik ngok ngek

Harta yang dicuri

Kelas kita orang kena pecah masuk.. 2 printer Kelas Cikgu Noi dan stopwatch sempat dirembat oleh pencuri tersebut..apa kelas la curi harta prasekolah,setakat buku2 cerita,mainan pun korang teringin ke...kalau nak mencuri pergilah tempat yang mencabar sket,bank ke..kedai emas ke..ini kelas kita orang yang xde ape jadi sasaran..aku malas nak cakap banyak pasal 'pak guard'...bukan bersangka buruk la tapi sendiri fikirlah ye. Bila report polis dah dibuat dan polis dapat kesan cap jari,tetiba printer ni dah 'dijumpai' pada malam berikutnya oleh 'pak guard'...berserta surat cinta pencuri..

Ingatlah,mencuri tu berDOSA tau..tak berkat hidup..

Kejohanan Balapan dan Sukan Prasekolah Negeri Johor

Walaupun dah basi tapi aku nak cerita jugak..

Tarikh : 6 dan 7 Jun 2010
Tempat : Stadium Bandar Penawar
Tempat penginapan ; Asrama Sek Sukan Bandar Penawar
Pencapaian : 2 pingat perak, 1 gangsa :(

Thanx a million buat semua cikgu2 yang beri kerjasama kat aku dan Cikgu Noi. Minta maaf banyak2 atas segala kekurangan semasa menguruskan team ni,tahun depan juru letih sila tukar strategi ye.InsyaAllah we will be the BEST. Terima kasih pada En Azhari yang beri peluang kat kami,pengalaman yang tak kan dilupakan menguruskan team ni dari A-Z..sebenarnya aku x suka bersukan,hehe. Sila layan slide di bawah ni

Friday, July 2, 2010

Didik Anak Cara Jepun

fuuuhh....it has been a long silence..sorry kenkawan,aku bz+fed up ngan brukband ni..
Tugasan sebagai s/u daerah dah siap,baru aku boleh update blog

Aku suka baca artikel ni dan dalam proses mengaplikasikan kat anakanda2 ku yang tercinta.

SHICIDA METHODS JADIKAN ANAK PANDAI

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .
http://berita-harian-online.com/didik-anak-cara-jepun/comment-page-1/

Komen Cikgu Syikin : Pendekatan Islm adalah yang TERBAIK tapi tak salah juga mencuba kaedah ini.. :)

Saturday, May 15, 2010

Terima kasih Cikgu!

Terima kasih bondaku, Pn Hjh Siti Maniah bt Salim kerana dikaulah guru pertamaku..yang mendidikku mengenal erti kehidupan dan kesabaran

Buat mak, Pn Hjh Kasminah Ngatimin,cikgu ngaji yang sangat dedikasi dalam mengalunkan kalimah-kalimah Allah,menanamkan kecintaan ayat-ayat Quran kepada anak-anak kecil itu..

Terima kasih pada Cikgu Nani dan Cikgu Sulaiman,cikgu2 ku di Tadika Nurul Huda. Kalian mengajar kami keseronokkan bermain,belajar dan melukis bersama-sama kawan2 yang berbilang kaum…enjoy belajar sekolah tadika dulu2..cikgu2 pun tak tension fikir naik darjah 1 budak2 mesti dah pandai baca..Terima kasih cikgu

Terima kasih cikgu-cikgu SK Sekudai Bt 10 (1987-1992). Dedikasi buat Cikgu Saiful Mulok (Guru Besar), Cikgu Ali,(Guru Pen Kanan)Cikgu Noraswana (Cikgu darjah 1),Cikgu Masrinah(Cikgu Darjah 6 dan subjek Alam dan Manusia),Cikgu Radhiah (Cikgu Matematik dan BM),Cikgu Shida (Cikgu lukisan), Cikgu Choong (Cikgu English), Cikgu Yusof (Cikgu BM), Cikgu Dollah (Cikgu Matematik), Cikgu Fadzilah, (Cikgu Tunas Puteri) Cikgu Noorhaliza (Cikgu English),Cikgu Osman (Cikgu Sukan), Cikgu Nazol (Cikgu Lukisan)…dan kepada cikgu2 yang tak disebutkan nama atas memori jangka panjangku yang berkurang,hehe..terima kasih banyak2 kerana kalian telah menanamkan asas yang kukuh kepada kami untuk meneruskan pendidikan kami yang seterusnya. Terima kasih cikgu

Terima kasih pada cikgu-cikgu SM Taman Tun Aminah (1993-1995)…Cikgu Fatimah,Cikgu Gunodo,Cikgu Azmi,Ustazah Tapsilah,Cikgu Yusof.. Terima kasih cikgu

Terima kasih pada cikgu-cikgu SMS Muar (1996-1997)..Cikgu Darwish,Cikgu Radzi,Cikgu Fatimah,Cikgu Noraini Panot,Cikgu Jaafar,Cikgu Azman, Mr See, Ustazah Faizah, Cikgu Tarmizi..Others succeed, we excel..

Tak lupa buat ustaz dan ustazah Sekolah Agama Taman Tun Aminah (1989-1995). Bangganya jadi anak Johor. Di sinilah ku belajar solat,mengaji,menulis jawi dan membaca kitab-kitab yang klasik itu. Ustaz Murad,Ustaz Sulaiman,Ustazah Shamsiah,syukran jazilan..…

Buat pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga,Fakulti Ekologi Manusia UPM Prof Madya Dr Rohani, Prof Madya Dr Rumaya,Prof Madya Dr Aizan,Prof Madya Dr Siti Nor,Pn Saodah,Pn Rojanah dan warga Makmal Perkembangan Kanak-kanak UPM,
terima kasih kerana mendidik kami dalam 'membangunkan manusia'

Buat pensyarah2 Jabatan Prasekolah di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia Pn Norzaini,Pn Vennila,Pn Sailajah,Pn Zairihan,En Mat Safea dan semua pensyarah IPBMM yang telah mencurahkan ilmu untuk kami menjadi warga pendidik prasekolah yang berkesan..

Minta maaf cikgu/pensyarah jika ada yang tidak tertaip namanya disini.Cikgu2 sekelian, saya doakan semua cikgu2 panjang umur dan murah rezeki,diberikan kekuatan dan ketabahan untuk terus mendidik anak bangsa semoga Allah jualah yang membalas jasa dan budi cikgu2 menjadikan kami ini ‘manusia’.Pengorbanan cikgu2 sekelian akan menjadi inspirasi buat saya untuk meneruskan amanah ini.

Buat iparku Cikgu Hanim,Cikgu Nabuha dan Ustaz Mubin,rakan2 guru SKTU2,rakan2 seperjuangan prasekolah seluruh Malaysia dan rakan-rakanku Hasni,Fazlina,Ayu,Zubaidah,Fazila,Nida,Ijad,Anizan hayatilah sajak nukilan sahabat kita Cikgu Nurashikin Munaim guru fizik berjiwa sastera dari Sek Men Tmn Seri Saujana kota tinggi...

HARI-HARI SEORANG GURU BIASA .....

Jika anda menjadi guru, jangan berduka jika jatuh sekali sekala...
Kerana bangun berkali-kali lebih utama...

Jika anda mengajar di sekolah biasa,
Latar belakang muridnya pula biasa2 saja,
Tetapi anda berjaya menjadikan semangat juang mereka luar biasa,
Anda adalah guru perkasa harapan nusa.

Bukanlah seorang guru sejati,
Jika sentiasa kejarkan kelas tertinggi,
Kerana mengejar prestasi diri,
Guru yang ikhlas jatidiri,
Tidak memilih pelajar elit untuk dicurah bakti.

Jika anda mengajar kelas paling belakang,
Muridnya menulis tunggang langgang,
Ayatnya pun lintang pukang,
Andalah guru tulen yang cemerlang.

Jika orang lain sibuk berebut mengajar kelas depan,
Anda dirembat kelas sebarangan,
Masuk kelas tak cukup tangan,
Sebab banyak nak bagi bahan,
Andalah guru sanjungan.

Bukanlah guru yang kental
Jika hanya mengajar murid yang handal ....
Bukanlah guru yang cemerlang
Jika elak mengajar kelas belakang....

Jika murid menguji kesabaran,
Banyak melawan dari menulis jawapan,
Berdoalah siang malam dalam amalan,
Semoga murid menjadi insan,
Takkan rugi walau sekuman.

Jika murid berbau masam,
Kasut putih macam legam,
Hari cerah nampak hitam,
Gigi putih warna suram,
Tapi anda gurunya yang tetap tersergam,
Tekun dan bakti tak pernah padam,
Inilah guru yang murid idam.

Jika patah hati jiwa,
Sambungkan semula carilah punca,
Sampai ke mati ilmu dibawa,
Amal yg baik tak jadi cerca.

Jika anda banyak berkorban,
Biarlah tak siapa nampak berbulan-bulan,
Sebab bukan yang nampak jadi ukuran,
Yang tersembunyi jariahnya menjadi jalan.

Senyum, menangis, tawa ria, marah, jenaka, sedih, gurau senda, gembira, bahagia....
Hari-hari seorang guru biasa...
yang tidak meminta sepeluk hadiah sewaktu HARI GURU...atau sekurang-kurangnya sebatang pen merah yang masih berwarna...
Akan tetap menjalankan tugasnya selama ia upaya ...
Bukan mengejar pangkat dunia...
Tapi rasa tanggungjawab terhadap dunia pendidikannya yang lebih bermakna...

Tahniah rakan-rakan guru yang tabah dan jerihnya mendidik anak bangsa
Tanpa memilih pelajar bijak, sederhana atau lemah... tidak mengira tahap upaya
Sebenar-benarnya anda memang guru biasa, yg punya daya usaha luar biasa....

Wednesday, May 12, 2010

Bengkel Membina Bahan Bantu Mengajar Prasekolah Daerah JB

Pada 8 Mei 2010 telah diadakan Bengkel Membina BBM Prasekolah di SK Tmn Universiti 2 selaku Pengerusi Daerah Prasekolah. Seramai 40 guru prasekolah Daerah JB telah terpilih untuk bersama-sama membuat BBM. Ini merupakan bengkel yang julung kalinya diadakan,harap-harap PPD buatlah bengkel macam ni tiap2 tahun sebab inilah kehendak dan keperluan cikgu-cikgu prasekolah sebenarnya dan kalau ada bajet lebih ok jugak kalau panggil orang luar yang lebih pro pasal benda ni..Gambar ni amek dari blog Cikgu Jenal sbb yang saya punya x cantik and terang semacam..something wrong with the camera atau aku yg x pandai amek gambo kot hehe..thanx wak..

Yang ini BBM untuk Tunjang Fizikal dan Estetika (Kreativiti) iaitu buat puppet dari stokin, buat set stensil dan mini gitar dari bahan terbuang. Yg Cikgu Jenal pegang tu BBM komponen Fizikal iaitu baling ke sasaran.Boleh guna pundi kacang atau bola kecil ke. Untuk BBM ni lg elok kalau guna papan plywood ke sbb kalau pakai polistrin tu mmg kejap jelah riwayat hidupnya..

Untuk tunjang Sains,kawan-kawan ni buat campuran warna dan rasa makanan guna bahan maujud. Tapi idea ni macam biasa je cikgu buat kat sekolah kan..

Untuk Tunjang matematik ni menarik gak.Mengikut arah jam tu atas kiri ialah memasukkan bola ping pong mengikut bilangan. Kanan atas pula hasil tambah 2 himpunan yang dilekat menggunakan velcro tape. Bawah kanan tampal sticker mengikut nombor dan yang kiri paip ajaib tu tambah 2 himpunan juga menggunakan guli.

Yang ini bagi Tunjang BM diorang buat kotak suku kata yang boleh dipusing-pusing. Boleh tukar ikut kemahiran jugak.

Yang ini pula cara mengenal abjad guna huruf yang ada kesinambungan macam yang saya pernah cerita dulu. Contohnya mula dari c,e,a ,d ,g..Guna mounting board dan kertas berwarna yang boleh ditarik untuk menghasilkan huruf seterusnya.

Amacam kawan2.siapa ada soalan sila angkat keyboard hehe..harap-harap lain kali kita semua boleh buat BBM yang lagi canggih,tertarik ko memang de boom pulak..Terima kasih banyak2 pada cikgu2 yang sudi hadir dan menjayakan bengkel ini. Segala yang dihasilkan ini akan dimuatkan ke dalam CD dan diedarkan oleh PPD ke semua sekolah.

Alhamdulillah atas rezeki ini..

Salam..pertamanya saya ingin meminta maaf banyak2 kerana saya agak lama tidak update blog.Kesian kat kawan-kawan yg komen kat chat box tu tanya bila nak upload cerita dan gambar2 itu ini..kalaulah saya ada kudrat dan tenaga,saya akan cuba ye kawan2 sebab jauh disudut hati saya sangat ingin mengupdate blog ini haha.Doakan lah ye.Ini kerana sejak akhir-akhir ini saya dilanda sindrom mual,loya,mabuk dan malas (hehe)yang membawa kepada keputusan di bawah ini...

Ye,cik hawa dan cik ammar akan mendapat geng lagi.Keputusan Urine HCG dari Pusat Kesihatan UTM menjadi hadiah ulangtahun ke 33 En Basid. Dan saya juga masih BF si kakak..boleh ke? Jawapannya di http://mardziah.blogspot.com/2009/11/menyusu-semasa-mengandung-31-penyusuan.html

Dalam versi english plak http://www.babycenter.com/404_is-it-safe-to-breastfeed-during-pregnancy_8935.bc

Doakan saya selamat,kuat,tabah dan sihat menempuhi 40 minggu nan indah ini ya :)

Saturday, April 10, 2010

Tak ada rezeki..

salam..
Entri kali ini berkenaan Temasya Sukan Prasekolah Zon Skudai.Seperti tahun-tahun dulu acara yang disertai kami ialah lari 60m dan 80m lelaki & perempuan,lari 4x50m lelaki dan perempuan,baling bola lisut lelaki dan perempuan serta lompat jauh. Cikgu prasekolah merangkap cikgu pjk tak bertauliah melatih murid2 ni kat padang dengan bersungguh2(puji diri sendiri haha).

Ketibaan kami di Padang SK Seri Perling 2 disambut dgn panorama di bawah ini.Oh tidak!Pakaian cikgu2 pada hari itu seperti pesawah tapi bagi budak2 ni yahooo..bestnya main lopak!

Akhirnya setelah berhumpas pulas,cuma acara 80m lelaki perempuan dan 4x50m perempuan je dapat ke peringkat akhir..ok apa kan? Ini aksi yg sempat diambil..

Team budak perempuan 4x50m

Cikgu Syikin & Cikgu Noi kena jadi pengelola peserta masa hari tu..so,kesian budak2 ni. Cikgu memang x sempat nak sorak dan beri sokongan kat diorang..

Cuba nengok mukaku,waaaaa..gelap!!

Walaupun atlet prasekolah SKTU2 tak meraih apa2 pingat pada hari tersebut,tapi cikgu sangat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka. Mungkin pada kali ini tiada rezeki, insyaallah kita cuba pada pertandingan lain pula ye

Majlis penutup,panas terik!

Sunday, March 14, 2010

Kutu oh kutu..

Kalau kita perasan ada anak murid kita@anak kita sendiri selalu buat aksi tergaru-garu kepala macam atas ni kan,cuba belek rambut diorang..huhu,nilah yang saya jumpa kat rambut 'Comel'(bukan nama sebenar) masa kat kelas sebelum cuti aritu..'Comel'memamg budak paling comel dalam kelas.Bila belek helaian rambutnya yang halus tu,mak aiiii banyaknya telur2 kutu kat rambut dia..sian dia,patut la selalu tergaru-garu rambut.Kutu bukan sahaja suka pada rambut orang yang pengotor,tapi rambut yang bersih juga pun boleh kena kutu.

Cuba nengok gambar kutu yang telah dizoomkan ni..ee gelinya uwekk..

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala. Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Tanda-tanda
•Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
•Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
•Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Penyebab kutu
Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
•Sikat rambut.
•Perhiasan rambut.
•Tuala.
•Topi.
•Tudung kepala.

Cara merawat
•Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
•Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
•Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

Saya telah memberitahu ibu 'Comel' tentang perkara ini.Rupa-rupanya ibu 'Comel' tak ada buat tindakan apa-apa walaupun tahu rambut anaknya bermasalah.Ibu-ibu,please take action for the sake of our children especially bab2 kesihatan ni.Paling tidak pun beli la sikat kutu yang rapat tu dan rajinkan diri sikat rambut anak sampai kutu tu hilang. Ini yang saya buat pada Ammar masa umurnya 4 tahun dia terjangkit kutu dari kawannya kat nurseri.Memandangkan Cikgu Noi masih lagi mempunyai stok syampoo kutu,saya pun letak syampoo tu kat rambut Comel.Nama syampoo tu "Delice",bau wangi tak macam syampoo2 kutu yang lain.Tapi harganya mahal sikit la,botolnya kecik je dalam 15 ml dan harga kat farmasi tercatat kat situ RM15..tapi tak kisah la mahal ke tak,janji kutu x de lagi.Harap-harap naik cuti sekolah ni,tiada lagi kutu di rambut 'Comel' sebab saya pun dah send picture message gambar syampoo ni kat ibu Comel :)

Wednesday, March 10, 2010

Sesi fotografi kelas

Harini Abang Alifi datang nak ambil gambar adik-adik..excited sungguh diorang,especially budak2 perempuan sebab cikgu make up kan diorang..hihi..semua control mulut tak nak kasi lipstik hilang..sabar jelah ye abang alifi ngan ragam budak-budak ni..

Si kembar yang comel!!

Dalam sibuk-sibuk melayan diorang ni,ntah macam mana la Syahida & Wahida ni boleh bergaduh..nampak tak mata & hidung diorang tu merah sebab nangis..dah la masa tu belum ambil gambar lagi. Geram cikgu..nengok kan mekap dah cair.Tapi bila suruh gambar, anak dara 2 orang ni memang boleh tahan..

Terima kasih Alifi,next year datang lagi ye..

Sambung PhD

Emm..akukah..hehe,Master pun aku belum ada lagi.Cita-cita tu memang ada tapi perlu memberi prioriti kepada orang lain dulu.Gambar di bawah nilah,empunya badan pensyarahku semasa di IPBMM,Pn Sailajah Nair (maintain cute..hehe) yang sedang melanjutkan pengajian PhD nya di New Zealand.Kebetulan Pn Sailajah bertemu aku dan rakannya,Pn Syamini,guru prasekolah pendidikan khas sekolahku untuk menjalankan soal selidik bagi kajian PhDnya..kepada rakan-rakan sepengajian di IPBMM,Pn Sailajah dah bertukar ke IPG Raja Melewar,N.Sembilan.

All the best to Pn Sailajah!

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails