Showing posts with label Aktiviti Prasekolah. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Prasekolah

Alhamdulillah..

Berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang pertama kali diadakan
7 Februari 2013 bersamaan 26 Rabiulawal1434H
Semoga Allah terus mengekalkan rasa cinta dan kasih sayang anak-anak syurga ini kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Semoga anak-anak ini jua akan mengamalkan sunnah yang dipelajari dan menjadikan Nabi Muhammad SAW idola mereka..amin..

Pengisian program - perarakan, selawat, persembahan nasyid dan membaca sirah nabi, ucapan, jamuan, ceramah "Saya SAYANG Nabi Muhammad saw"  serta aktiviti mewarna.

Lirik Nasyid 

Anak nabi kita
Ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum
Siti Rokiah
Nabi kita Nabi Muhammad
Ibu Nabi Siti Aminah
Ayah Nabi Abdullah
Datuk Nabi Abdul Mutalib
Subuh Isnin dilahirkan
Rabiulawal 12 haribulan
Di kota Mekah Tahun Gajah
Tarikh Nabi dilahirkan

Satu-satu saya sayang Allah
Dua dua sayang Rasulullah
Tiga tiga sayang ibu ayah
Satu dua tiga sayang semuanya

Alhamdulillah berjalan lancar..Terima kasih Ya Allah 
 
Wednesday, November 17, 2010

Yahoo..kami dah konvo!!

Konvokesyen Prasekolah Zon Skudai 2010-11 November 2010 di Dewan Taman Universiti Skudai

Tuesday, November 2, 2010

Cerita anak ayam terkentut & katak-katak comel melompat...

Lega betul rasa dah selesai satu tugasan...

Anak-anak prasekolah buat persembahan sempena Karnival Bahasa Melayu hari ini..

Adik Muhammad Adam Al Hakim dengan cerita Anak Ayam yang menakutkan Musang dengan bunyi kentutnya dan persembahan nyanyian "Lompat si katak lompat"...comey betul katak-katak ni,hehe...korang buat cikgu tersenyum lebar dengan persembahan korang...

Bergambar di kelas dulu

Adam tengah menghafal cerita

Katak-katak yang comel sedang buat persembahan

Katak kembar yg cute,Tiqah & Thirah,Khaliesah dan Syahirah

Hafizul,Daniel,Asyraf dan Ammar

video akan diupload sedikit masa lg,inshaALLAH...

Friday, October 29, 2010

Cerita Jamuan Raya..

Last Syawal hari Jumaat,nak kasi diorang enjoy…cikgu2 nya pun nak relax sket hehe..nyanyi lagu raya dengan budak2 ni..buat fashion show..sesi fotografi ikut warna tema baju and of course makan2…LAYAN…

Bergambar ikut tema...

Makan kuih raya..nyum nyum..

Karnival Pendidikan Prasekolah Zon Skudai

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 kami menghantar seramai 11 orang wakil untuk acara Bercerita Bahasa Melayu, Membaca Bahasa Melayu,Membaca Bahasa Inggeris, Pakaian Beragam, Hafazan, Bijak Matematik dan Mewarna

Wajah2 comel peserta-peserta prasekolah SKTU2

Alhamdulillah acara Bijak Matematik dapat nombor 1 & 3. Tahniah adik Muqriz dan Asyraf. Acara Hafazan Surah Lazim dapat nombor 3,tahniah adik Syahirah

Tahniah juga pada Cik Manja dan warga SK Seri Perling 2,selaku tuan rumah Karnival Zon Skudai di atas penganjuran yang lancar..

Monday, July 19, 2010

Mesyuarat Karnival Prasekolah Daerah Johor Bahru

Mesyuarat Karnival Prasekolah Daerah JB yang dipengerusikan oleh En Jamaluddin A. Rahman telah memutuskan :

Karnival Zon : 25 September 2010
Karnival Daerah : 2 Oktober 2010
Acara yang dipertandingkan :

Bercerita BI/BM,Deklamasi sajak,membaca BM/BI,Hafazan,Mewarna,Block puzzle,Bijak matematik,Nyanyian solo,nyanyian & gerakan,tarian rampai dan pakaian beragam

p/s: Bijak matematik dan membaca BI tu acara baru ye

selamat melatih anak murid kita...
Mesyuarat turut memperkenalkan pegawai baru, Pn Ros Normala bt Mohd Kia, Pen PPD Prasekolah dan Permata..Tahniah dan selamat meneruskan tugas puan :)

Kejohanan Balapan dan Sukan Prasekolah Negeri Johor

Walaupun dah basi tapi aku nak cerita jugak..

Tarikh : 6 dan 7 Jun 2010
Tempat : Stadium Bandar Penawar
Tempat penginapan ; Asrama Sek Sukan Bandar Penawar
Pencapaian : 2 pingat perak, 1 gangsa :(

Thanx a million buat semua cikgu2 yang beri kerjasama kat aku dan Cikgu Noi. Minta maaf banyak2 atas segala kekurangan semasa menguruskan team ni,tahun depan juru letih sila tukar strategi ye.InsyaAllah we will be the BEST. Terima kasih pada En Azhari yang beri peluang kat kami,pengalaman yang tak kan dilupakan menguruskan team ni dari A-Z..sebenarnya aku x suka bersukan,hehe. Sila layan slide di bawah ni

Saturday, April 10, 2010

Tak ada rezeki..

salam..
Entri kali ini berkenaan Temasya Sukan Prasekolah Zon Skudai.Seperti tahun-tahun dulu acara yang disertai kami ialah lari 60m dan 80m lelaki & perempuan,lari 4x50m lelaki dan perempuan,baling bola lisut lelaki dan perempuan serta lompat jauh. Cikgu prasekolah merangkap cikgu pjk tak bertauliah melatih murid2 ni kat padang dengan bersungguh2(puji diri sendiri haha).

Ketibaan kami di Padang SK Seri Perling 2 disambut dgn panorama di bawah ini.Oh tidak!Pakaian cikgu2 pada hari itu seperti pesawah tapi bagi budak2 ni yahooo..bestnya main lopak!

Akhirnya setelah berhumpas pulas,cuma acara 80m lelaki perempuan dan 4x50m perempuan je dapat ke peringkat akhir..ok apa kan? Ini aksi yg sempat diambil..

Team budak perempuan 4x50m

Cikgu Syikin & Cikgu Noi kena jadi pengelola peserta masa hari tu..so,kesian budak2 ni. Cikgu memang x sempat nak sorak dan beri sokongan kat diorang..

Cuba nengok mukaku,waaaaa..gelap!!

Walaupun atlet prasekolah SKTU2 tak meraih apa2 pingat pada hari tersebut,tapi cikgu sangat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka. Mungkin pada kali ini tiada rezeki, insyaallah kita cuba pada pertandingan lain pula ye

Majlis penutup,panas terik!

Wednesday, March 10, 2010

Sesi fotografi kelas

Harini Abang Alifi datang nak ambil gambar adik-adik..excited sungguh diorang,especially budak2 perempuan sebab cikgu make up kan diorang..hihi..semua control mulut tak nak kasi lipstik hilang..sabar jelah ye abang alifi ngan ragam budak-budak ni..

Si kembar yang comel!!

Dalam sibuk-sibuk melayan diorang ni,ntah macam mana la Syahida & Wahida ni boleh bergaduh..nampak tak mata & hidung diorang tu merah sebab nangis..dah la masa tu belum ambil gambar lagi. Geram cikgu..nengok kan mekap dah cair.Tapi bila suruh gambar, anak dara 2 orang ni memang boleh tahan..

Terima kasih Alifi,next year datang lagi ye..

Monday, March 8, 2010

Mesyuarat Temasya Sukan Pendidikan Prasekolah Zon Skudai

Pada 4 Mac 2010,telah diadakan Mesyuarat Temasya Sukan Pendidikan Prasekolah Zon Skudai di SK Perling 2.(gambar xde,bateri abis) Mesyuarat dipengerusikan oleh En Osman B Ibrahim selaku Guru Besar SK Perling 2. Temasya sukan akan diadakan di padang SK Perling 2 pada 6 April 2010. SKTU2 menjadi AJK Pengelola Peserta. Siapalah cikgu yang bertuah dari sekolah ni yang dapat tolong kami mengelolakan atlet-atlet kecik kita ni ye..(of course la cikgu-cikgu PJ).Sekarang ni sedang latih diorang ni tapi biasalah budak-budak ni mood dia kejap ok kejap x ok.Jgn time nak lari korang buat perangai dah la..huhu (teringat kisah Manjula atlet tahun lepas yang xnak lari masa Sukan Peringkat Negeri kat Mersing).

Caiyok caiyok SKTU2!!

Mesyuarat Temasya Sukan Pendidikan Prasekolah Daerah Johor Bahru & Majlis Serah Tugas Pengerusi Zon & Daerah

Tarikh: 23 Februari 2010 (Selasa)
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTU2
Masa : 12 tghari-3.10 petang

Tahun ini,SKTU2 telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Prasekolah Daerah Johor BAhru 2010. Satu tanggungjawab yang besar buat kami berdua dan satu penghormatan buat Pn Hjh Juarah, Guru Besar kami yang akan bersara tahun hadapan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Jamaluddin b Abd Rahman selaku PPD (R). Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah majlis serah tugas 4 pengerusi zon 2009
( Skudai,Nusajaya,Majidi dan Bandar) kepada Pengerusi Zon 2010.

Mesyuarat turut membincangkan Temasya Sukan Pendidikan Prasekolah Daerah Johor Bahru. Dari keputusan yang telah dibuat,mesyuarat telah memutuskan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat : Padang SK Taman Perling, Skudai

Sekolah-sekolah daerah Johor Bahru juga diingatkan untuk membayar RM150 per kelas bagi menampung 3 aktiviti besar yang akan dijalankan setiap tahun iaitu sukan,karnival dan konvokesyen.

Friday, January 15, 2010

Gigi oh gigi..

Ceramah pergigian dari Southern Lion Sdn Bhd..ala,berus gigi dan ubat gigi kodomo lion tu la..sgt menghiburkan..

Esoknya, jururawat pergigian pula datang untuk memeriksa gigi adik-adik..untungnya kan dapat masuk prasekolah. Banyak kemudahan percuma!

Wednesday, November 4, 2009

Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun 1 2010..

Pada hari Sabtu,31 Nov yang lalu,kami guru2 prasekolah telah ditugaskan untuk mengendalikan pendaftaran ibubapa murid-murid tahun 1 2010.Mereka termasuklah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berada di Prasekolah SKTU2 yang akan melangkah ke tahun 1 tahun hadapan. Terdapat juga ibu bapa dari kalangan anak-anak yang bersekolah di KEMAS,PASTI dan pelbagai tadika swasta. Pihak pentadbir telah menyampaikan taklimat kepada ibu bapa sementara anak-anak mereka pula menjalani ujian penentuan kelas tahun 1 nanti. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan nampak gaya anak-anak prasekolah lebih berkeyakinan menjawab ujian tersebut :)

Friday, October 9, 2009

Latihan Kebakaran

Murid prasekolah berkumpul di padang setelah mendengar bunyi loceng amaran..Diorang kelihatan begitu teruja,bukannya takut..Mereka beratur menuju ke padang dalam kawalan,lebih baik dari abang dan kakak mereka.. syabas murid2 prasekolah!

Cikgu Asri sedang memberi penerangan

Tarikh latihan : 8 Oktober 2009
Masa : 10 pagi

Thursday, July 16, 2009

Hari Terbuka SKTU 2

alhamdulillah,kedatangan ibu bapa 100% for both classes..tahniah pd ibu bapa yg hadir..harap2 tahun-tahun berikutnya pun cam tu gak :)

Tuesday, May 12, 2009

Jumpa di Mersing..

Sukan Prasekolah Daerah JB telah berlangsung pada 6 Mei 2009 yang lalu di STAR 1..Adik Manjula dari SKTU2 telah berjaya mendapat tempat ke 2 bagi acara 60m dan 4x50m..dan terpilih untuk ke sukan peringkat negeri johor di MRSM Mersing 1 Jun ini..terima kasih pada jurulatih,cikgu ibrahim dari SKTTA2 dan semua cikgu2 pra zon skudai yang telah bertungkus lumus melatih diorang ni kat SK Kompleks Uda..(kak ros,kak ani,wak jenal,kak nas, kak min, jula, maz dll le..)Tahniah,zon kita walaupun tak dapat johan keseluruhan tapi olahragawan dan olahragawati dapat kat zon skudai..takpe cuba lagi next year..sekarang ni kita tumpu untuk negeri plak untuk pastikan kemenangan kontijen JB,caiyok..caiyok..

Tuesday, April 28, 2009

Lawatan ke Perpustakaan Kanak-kanak Taman Universiti

Wak Sam sedang memberi penerangan pada adik2 ni..

khusyuk betul adik2 kita ni melukis...

Pada 23 April 2009, Prasekolah SKTU2 telah membuat lawatan ke Perpustakaan Kanak-Kanak sempena Hari Buku Sedunia.. sedikit info tentang library ni..ia dibuka setiap hari kecuali hari isnin..kalo sape2 yang nak g tp tak bape familiar ngan tmn u ni better cari sk tmn universiti 4 dulu,library ni kat belakang skolah ni je..mcm2 jenis buku kanak-kanak ada dari rujukan hinggalah buku cerite pelbagai bahasa,ada disediakan gak buku utk baby/toddler..
ok,cite pasl budak2 ni pagi-pagi lagi diorang ni dah excited tak sabar-sabar nak pergi..maklum le ni first time budak2 ni keluar ngan cikgu2 diorang..kami tiba lebih kurang jam 10 pagi..walaupun diorang ni nama je tinggal kat taman universiti tapi ni le first time diorang menjejakkan kaki kat library ni termasuk la cikgu2 nye..hehehe.. dalam pada seronok2 ni ada gak yang menangis nak balik..huhu..aktiviti yang kita orang join kat library ni ialah bercerita sambil melukis oleh Wak Sam.. oleh kerana masa yang agak terhad kami tak dapat explore sangat apa yang ada lg kat library ni tapi dari brochure yang diberikan agak menarik juga library ni..pada ibu bapa yang ada kelapangan boleh la ajak anak-anak ke library ni,jadi ahli dan boleh pinjam buku2 kat sini..kita kena pupuk minat membaca dari awal lagi..
time balik adalah acara yang ditunggu-tunggu..setiap orang bawa balik hadiah buku cerita dan makanan dari pihak perpustakaan..TQ pada miss nana and linda dari library kanak-kanak ni..next year jemput la kita orang lagi yek

jom kita balik... nanti ajak mak ayah datang perpustakaan ni ok

Sukan Prasekolah Zon Skudai 2009

Wajah-wajah ceria atlet cilik prasekolah sktu2.cheese..

Sukan Prasekolah Zon Skudai telah berlangsung pada 14 april 2009 di SK Kompleks Uda..atlet-atlet Prasekolah SKTU2 telah menunjukkan kehebatan diorang pada kali ini dalam acara balapan dengan berjaya ke peringkat akhir bagi semua kategori larian 60m,100m dan 4x50m tapi rezeki cuma berpihak pada adik Manjula yang mendapat pingat perak dalam acara 100m..oleh itu,adik Manjula layak ke peringkat daerah yang akan berlangsung pada 6 mei ni..

ok,kita warming up dulu yek..

malu malu la plak adik manjula ni..

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails