Showing posts with label Bahan Bantu Mengajar. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Prasekolah Belajar Bahasa Inggeris

Saya menggunakan website ini starfall untuk pengajaran 'phonic' dan 'reading' di kelas memandangkan kemudahan wifi yang telah disediakan di sekolah .Ia merupakan pembelajaran bahasa Inggeris yang menyeronokkan, dan murid turut diberi peluang untuk mencuba dan menjawab soalan. Saya turut menggalakkan ibubapa untuk mencuba website ini untuk pengajaran anak-anak di rumah.

Sunday, February 24, 2013

abcdefghijklmnopqrstuvwxyz wipe off :)

Assalamualaikum dan hi..

Dah lama Cikgu Syikin nak kongsi abc wipe off ni, baru sekarang berkesempatan. Sebenarnya idea ini bertitik tolak dari si kakak yang suka menyambung titik-titik huruf pada buku-buku. Memandangkan buku tersebut tak berwarna warni dan dia nak buat banyak kali tercetuslah idea ini,hehe. Templat asal bunga yang cantik ni merupakan hasil kak Noranin Abdullah, seorang guru prasekolah di Perak yang memuat turun templat bunga percuma ini di facebook Preschool Shoppe, kredit untuk kak Noranin. Font yang saya gunakan ialah abcprinted arrow dan nation untuk tulisan dot dot. Lepas print, kena betulkan dulu menggunakan marker hitam huruf I besar dan J besarnya agar sama dengan cara penulisannya. Kemudian, laminate dan ringkan. Dah siap untuk ditulis dengan marker boleh padam tau..kalau nak padam guna sahaja kain atau tisu, jimatkan. Boleh diguna berulang kali dan dimana sahaja. Anak-anak mesti tak boring punya sebab berwarna warni.

Saya juga dah gunakan kaedah ini untuk beberapa orang murid yang memang 'keras' tangannya nak menulis...agaknya di rumah memang tak ada pendedahan langsung cara pegang pensel ke, huruf ke jadi tugas cikgunya lah yang nak lembutkan tangan budak-budak ni dan Alhamdulillah telah nampak peningkatan dan perubahan.

Tuan/Puan boleh menghantar email kepada saya untuk contoh bahan di atas di email cikgusyikeen@gmail.com

Selamat mencuba !

Thursday, February 21, 2013

Belajar Huruf Vokal dan Bunyi Vokal

Huruf Vokal ada 5 a, i, u, e, o, e. Saya suka mengajar huruf vokal terlebih dahulu sebelum mengajar huruf yang lain. Caranya saya menggunakan teknik menyanyi dan banyak menyebut, kerana tumpuan huruf vokal ialah mengecam perkataan yang disebut bermula dari huruf vokal apa dan dalam perkataan tersebut huruf vokal apa yang ada. Saya suka menggunakanlagu ini sambil membuat aksi pergerakan bersama-sama anak murid.

Kredit untuk Bacalah Anakku untuk lagu ini.

Lirik lagunya diubahsuai sedikit oleh saya untuk menekankan pengenalan bunyi dan huruf vokal sekali. Bila murid menyanyi bunyi huruf vokal, membuat gaya kemudian di hujung nyanyian mereka  menyebut huruf tersebut (mereka akan kenal bunyi dan huruf sekaligus)

Abu ada ayam a a a (3x)
a a a a a a (bunyi a ) a ! (tunjuk kad huruf a dan sebut huruf a)

Itik ikut ibu i i i (3x)
i i i i i i (bunyi i ) i ! (tunjuk kad huruf i dan sebut huruf i)

Ular usik ulat u u u (3x)
u u u u u (bunyi u ) u ! (tunjuk kad huruf u dan sebut huruf u)

Oji jual oren o o o(3x)
o o o o o  (bunyi o ) o ! (tunjuk kad huruf o dan sebut huruf  o)

Enam ekor enggang e e e (3x)
e e e e e (bunyi e pepet) e ! (tunjuk kad huruf e dan sebut huruf e)

Epal rasa enak e e e (3x)
e e e e e (bunyi e taling )  e ! (tunjuk kad huruf e dan sebut huruf e)

kad huruf vokal

* Selepas ini boleh melatih anak untuk mengenalpasti huruf vokal untuk perkataan tersebut contohnya
Apa perkatan-perkataan yang bermula dari vokal 'a'? - A (bunyi a) untuk a...pi, a..wan, a..yah..atap..a..yam disertakan sekali dengan gambar. Selamat mengajar :)

Lagu Abjad Huruf Besar

Lagu Abjad Huruf Kecil

Contoh skrip mendorong ; Wah mama suka. Adik mahu belajar nyanyi lagu ABC.(Pujian)
Kalau adik rajin pasti adik akan ingat semua abjad ini kan. (Impak)

Sunday, February 17, 2013

Aktiviti Pratulis & Meningkatkan Koordinasi mata-jari (kemahiran motor halus)

Bismillah.. Sebelum mengajar anak-anak menulis dan membaca adalah sangat penting untuk meningkatkan perkembangan motor halus serta koordinasi mata-tangan mereka sebelum mereka benar-benar bersedia untuk menulis. Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkembangan mereka 1. Aktiviti menguatkan otot otot jari seperti menguli doh 2. Aktiviti menggunakan penyepit baju 3. Aktiviti memulas penutup botol 4. Aktiviti menuang air ke dalam bekas 5. Lacing 6. Melengkapkan puzzle 7. Memasukkan manik ke dalam tali/benang 8. Membutangkan baju 9. Memakai sarung tangan dan sarung kaki 10. Lembaran kerja (menyambung titik-titik) 11. Lembaran kerja (mewarna) Contoh Skrip Pujian Teknik Nabi : 1. Wah, mama kagum. Kakak sudah pandai uli doh. (PUJI) Jari jari kakak akan jadi kuat untuk menulis dan mewarna. (IMPAK) 2. Wow. Abah suka. Rajinnya adik sambung titik-titik ini jadi garisan ye. (PUJI) Kalau tiap-tiap hari adik rajin macam ni abah yakin bila adik sekolah nanti adik jadi budak pandai (IMPAK) 3. Alhamdulillah, sukanya cikgu. Kamu berusaha memasukkan manik ini ke dalam tali (PUJI). Mesti lepas ini kamu jadi lebih mahir dan dapat jadikan manik ni macam rantai kan. (IMPAK) Mahir itu apa cikgu ? Mahir itu maksudnya kamu jadi lebih pandai dan cekap. Teknik memuji ialah puji USAHA anak, walaupun hasilnya mungkin tidak sempurna atau cantik atau tidak kemas bukan memuji individu. Selain itu untuk meningkatkan lagi motivasi intrinsik anak, ibu bapa atau guru boleh menyentuh bahu, peluk dan sayang anak setelah anak melakukan sesuatu usaha, mudah mudahan anak akan lebih bermotivasi dan meningkatkan keyakinan dirinya. Foto Aktiviti Kredit Tuan Google dan koleksi sendiri

Thursday, December 9, 2010

BBM dari kalendar lama....

Bulan Disember hampir ke penghujungnya. Rasanya ramai di antara kita telah memiliki kalendar untuk tahun 2011. Apa nak buat dengan kalendar meja 2010 ni? Sebelum buang ke dalam tong sampah, fikir dulu…kalendar meja ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar untuk anak murid kita.

Kalendar meja ini boleh dijadikan:

1. Bahan bantu mengajar mengikut tema. Contohnya seperti kalendar bawah ini untuk Tema Pekerjaan’ sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
2. Untuk ejaan kvkv,kvk,kvkvk seperti yang dibuat oleh penulis Dol Hj Nekmat
3. Untuk matematik

Pendek kata boleh dipelbagaikan mengikut kekreatifan cikgu-cikgu.

Murid-mridboeh menggunakanna secara indiviu atau brpasangan.

Apa lagi,mari kita kumpul kalendar meja!

Dijadikan kad selak untuk Bahasa Malaysia

Dijadikan bacaan bertema

Monday, July 19, 2010

Super Simple Songs

Terima kasih pada kawan ku, Cikgu Azianti yang berkongsi link ini...Best lagu-lagu dia dan ada kaedah mengajar yang boleh dipraktikkan..sila layari http://www.supersimplesongs.com/ untuk mengetahui lebih lanjut lagi :)

Klik untuk ABC song

Klik untuk Phonic a-i

Klik untuk Phonic j-r

Klik untuk Counting 1-20

Yang ni pun fun, skeleton dance..anakku suka,korang mesti suka punya...

Wednesday, May 12, 2010

Bengkel Membina Bahan Bantu Mengajar Prasekolah Daerah JB

Pada 8 Mei 2010 telah diadakan Bengkel Membina BBM Prasekolah di SK Tmn Universiti 2 selaku Pengerusi Daerah Prasekolah. Seramai 40 guru prasekolah Daerah JB telah terpilih untuk bersama-sama membuat BBM. Ini merupakan bengkel yang julung kalinya diadakan,harap-harap PPD buatlah bengkel macam ni tiap2 tahun sebab inilah kehendak dan keperluan cikgu-cikgu prasekolah sebenarnya dan kalau ada bajet lebih ok jugak kalau panggil orang luar yang lebih pro pasal benda ni..Gambar ni amek dari blog Cikgu Jenal sbb yang saya punya x cantik and terang semacam..something wrong with the camera atau aku yg x pandai amek gambo kot hehe..thanx wak..

Yang ini BBM untuk Tunjang Fizikal dan Estetika (Kreativiti) iaitu buat puppet dari stokin, buat set stensil dan mini gitar dari bahan terbuang. Yg Cikgu Jenal pegang tu BBM komponen Fizikal iaitu baling ke sasaran.Boleh guna pundi kacang atau bola kecil ke. Untuk BBM ni lg elok kalau guna papan plywood ke sbb kalau pakai polistrin tu mmg kejap jelah riwayat hidupnya..

Untuk tunjang Sains,kawan-kawan ni buat campuran warna dan rasa makanan guna bahan maujud. Tapi idea ni macam biasa je cikgu buat kat sekolah kan..

Untuk Tunjang matematik ni menarik gak.Mengikut arah jam tu atas kiri ialah memasukkan bola ping pong mengikut bilangan. Kanan atas pula hasil tambah 2 himpunan yang dilekat menggunakan velcro tape. Bawah kanan tampal sticker mengikut nombor dan yang kiri paip ajaib tu tambah 2 himpunan juga menggunakan guli.

Yang ini bagi Tunjang BM diorang buat kotak suku kata yang boleh dipusing-pusing. Boleh tukar ikut kemahiran jugak.

Yang ini pula cara mengenal abjad guna huruf yang ada kesinambungan macam yang saya pernah cerita dulu. Contohnya mula dari c,e,a ,d ,g..Guna mounting board dan kertas berwarna yang boleh ditarik untuk menghasilkan huruf seterusnya.

Amacam kawan2.siapa ada soalan sila angkat keyboard hehe..harap-harap lain kali kita semua boleh buat BBM yang lagi canggih,tertarik ko memang de boom pulak..Terima kasih banyak2 pada cikgu2 yang sudi hadir dan menjayakan bengkel ini. Segala yang dihasilkan ini akan dimuatkan ke dalam CD dan diedarkan oleh PPD ke semua sekolah.

Monday, March 8, 2010

Tema Keselamatan Diri

Gambar-gambar untuk diwarnakan oleh murid dan info berkaitan keselamatan diri murid-murid semasa menaiki bas boleh didapati disini

Lagu yang berkaitan untuk tema ini saya pilih "The Wheel on the bus"

The Wheels on the Bus Lyrics

The wheels on the bus go round and round.
round and round.
round and round.
The wheels on the bus go round and round,
all day long/all through the town

The people on the bus go up and down,
up and down,
up and down,
The people on the bus go up and down,
all day long/all through the town

The horn on the bus goes beep, beep, beep,
beep, beep beep,
beep, beep, beep,

The wipers on the bus go swish, swish, swish,
swish, swish, swish,

The signals on the bus go blink, blink, blink,
blink, blink, blink,

all day long

The babies on the bus go waa, waa, waa,
waa, waa, waa,
waa, waa, waa,
The babies on the bus go waa, waa, waa,
all day long/all through the town

The mommy on the bus go shh, shh, shh,
shh, shh, shh,
shh, shh, shh,
The parents on the bus go shh, shh, shh,
all day long/all through the town

Lagu yang ini pun seronok jugak..

Twinkle, Twinkle Traffic Light
Twinkle, twinkle traffic light
Standing on the corner bright
When it's green it's time to go
When it's red, it's stop you know
Twinkle, twinkle traffic light

This Is The Way We Cross The Road
This is the way we cross the road,
We cross the road, we cross the road.
This is the way we cross the road,
We stop ,we look we listen.

Kita juga boleh ajar murid untuk mengingati nombor telefon ibu bapa dengan menggunakan lembaran kerja gambar telefon. Tapi sebelum itu guru perlu tuliskan nombor telefon penjaga supaya murid boleh menyalin semula nombor tersebut ye..

Adik-adik,jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal macam cerita Si Comel Bertudung Merah @ Little Red Riding Hood tu tau..

Apa yang adik-adik kena buat bila ada orang yang tak dikenali cuba dekati adik-adik? Jadi macam budak ni..

Monday, January 25, 2010

Buku Bacaan Bahasa Malaysia

Salam..

Cikgu Mira dari SK Bandar Uda 2 bertanyakan pada saya tentang buku bacaan yang saya gunakan untuk anak murid saya..rupanya cikgu mira dan saya satu zon skudai..hehe..di blog jugalah yang menemukan kami..antara buku2 bacaan asas yang digunakan oleh cikgu2 prasekolah ialah Bacalah Anakku dan KALAM..buat masa ini saya masih setia dengan buku-buku MODUL SELAN OSNI (kaedah cepat membaca,cepat faham,cepat menulis,tulisan cantik). Beliau pernah memenangi Anugerah Inovatif Peringkat Negeri dan Kebangsaan 2001. Kaedah yang digunakan ialah sebut gambar,eja dan baca. Kaedah ini menggunakan membaca secara membatang suku kata.Buku Bacaan pula saya letakkan di sudut bacaan untuk setiap anak murid. Di bawah ni ada gambar muka depan buku-buku ni…

Ini buku latihan menulis...

ini buku bacaan untuk setiap murid..

Selain itu,boleh juga download Modul Selan Osni dari blog Cikgu Azuar,SK Seafield..
Klik http://praskseafield.blogspot.com/2009/03/modul-selan-osni-1.html

Kalau berminat kaedah KALAM, boleh hubungi Cikgu Zainal,SK Tmn Perling

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails