Tuesday, April 2, 2013

REPOST : Belajar menulis huruf

Saya rasa semua orang mempunyai kaedah sendiri mengajar menulis abjad dengan anak/ anak murid. Saya sangat suka memulakan apa-apa sesi pembelajaran dengan nyanyian kerana bagi saya ia kaedah mudah dan cepat menceriakan mood anak-anak kita..tak kisah la walaupun suara cikgu x sedap tp yang pasti anak-anak murid akan lebih mudah menerima pembelajaran dengan kaedah nyanyian..

Nak ajar abjad,apa lagi lagu seluruh dunia ‘ABC song’..Saya guna cd dan setiap pagi sebelum sesi P&P bermula pasang kat Tv,budak2 ikut nyanyi..lama2 terhafal sendiri..

A - B - C - D - E - F - G
H - I - J - K - L - M - N - O - P
Q - R - S - T - U and V,
W - X - Y and Z
Now I know my A - B - C's
Next time won't you sing with me?

Bagi mengajar menulis abjad kecil, saya suka mengajar bukan bermula dari huruf a tapi l. kenapa l? kerana l garis tegak ke bawah. l juga seperti nombor satu dan l juga seperti huruf alif, dan mudah untuk menulis. kita boleh lihat kalau ada budak tak boleh tulis l,tidak boleh lagi pegang pensel dgn cara yg betul ,maknanya, kemahiran motor halus @ fine motor skills murid tu belum dikuasai lg olehnya..antara tindakan susulan yg boleh kita buat adalah :.

Rolling play dough into tiny balls using the palms of the hands facing each other and using only the finger tips.

Cut out shapes from cardboard (circle, square, etc.) and let your child trace them.

Tearing newspaper into strips and then crumpling them into balls.

Lacing and sewing activities

Play with Legos, miniature cars, small blocks, action figures, and other small toys.

Working puzzles

Rolling small balls out of tissue paper,

Scissor activities

Sumber : http://www.preschoolactivitybox.com/preschoolfinemotorskills.htm

Atau dalam lain perkataan boleh merujuk rujuk tunjang fizikal dalam kspk (kurikulum standard prasekolah kebangsaan) -kemahiran motor halus & koordinasi mata-tangan

OK, berbalik pada menulis abjad kecil. Kaedah ini kalau tidak silap saya diilham oleh seorang cikgu prasekolah dari Kelantan yg pernah dpt anugerah inovasi tp sayangnya saya x ingat mana saya letak maklumat tersebut..beliau gabungkan kaedah lipatan dan doh. Tapi saya buat kat anak murid saya guna doh je. Secara tak langsung murid dapat mengukuhkan kemahiran motor halus dan mengenal abjad.

Mula dengan huruf2 ini yang ada kesinambungan cara menulisnya…

Aplikasi dengan guna doh juga.. guna 2 warna ok macam gambar bawah ni untuk huruf k

Cara-cara buat doh  di intenet ..boleh tahan untuk 5 hari kalau letak dalam peti sejuk.

EZ Play Dough
What You Need:
• One-cup cold water
• One-cup salt
• Two-teaspoon vegetable oil
• Three cups flour
• Two tablespoons cornstarch
• Tempera paint or food coloring (adjust amount for color desired)
What You Do:
• Mix the water, salt, oil and paint together. Gradually work in the flour and cornstarch until you get the consistency of bread dough

Monday, March 11, 2013

Prasekolah Belajar Bahasa Inggeris

Saya menggunakan website ini starfall untuk pengajaran 'phonic' dan 'reading' di kelas memandangkan kemudahan wifi yang telah disediakan di sekolah .Ia merupakan pembelajaran bahasa Inggeris yang menyeronokkan, dan murid turut diberi peluang untuk mencuba dan menjawab soalan. Saya turut menggalakkan ibubapa untuk mencuba website ini untuk pengajaran anak-anak di rumah.

Tuesday, March 5, 2013

Yeay, sudah mahu sidai tuala sendiri

Cikgu Syikin ada 2 watak di sekolah dan rumah - selalu jadi Tarzan dan Hulk (versi perempuan) suka sangat menjerit dan marah huhu...kesian anakku dan anak muridku

Puncanya? Sebab selalu membebel..siasat kesalahan...kenapa tak buat itu..kenapa tak buat ini..kan dah cakap buat macam ni..dan suara nyaring  inilah yang boleh didengari oleh cikgu-cikgu lain bila ku menjerit. Kalau di kawasan perumahan pula rasanya suara ku inilah juga yang akan kedengaran membebel dengan anak-anak hehe

Anakanda Ammar ada satu perangai. Sukar menyidai tuala selepas mandi dan sukar menyangkut baju sekolah selepas sekolah. "susah la mama", katanya. Berbuih sudah mulut ini membebel dan sakit sungguh pemandangan mata ini melihat tuala yang bersepah sehinggalah ditemukan dengan Teknik mendorong perubahan anak mengikut sunnah Rasulullah saw. Caranya?

 Ok pejam mata pada kesalahannya yang tidak mahu sidai tuala tapi panggil dengan suara yang sedap didengari. "Ar Ammar, mari sini mama tunjukkan cara sidai tuala". Mulut tidak membebel hanya menunjukkan cara yang betul sahaja menyidai tuala di rak tuala. "Cuba Ammar buat.Mama nak tengok". Ammar dengan muka yang masam dan tak ikhlas pun mengikut cara yang ditunjukkan. "Haa..senang kan. Pandai pun anak mama sidai tuala. 30 markah. Tidak mengapa tidak kemas yang penting tuala disidai di tempat yang sepatutnya".Teknik pujian, tutup mata pada kesalahan, teknik demonstrasi, teknik terangkan kesalahan dan beri jalan penyelesaian dan teknik ganjaran berjaya diaplikasi. Fuh..lega..Alhamdulillah. Respon Ammar pula : Eh senang la mama.hehe. Macam ni sidai pun ok kan.. Respon saya : Terima kasih ye abang. Abang dah sukakan hati mama, dah kurangkan kerja mama sidai tuala abang, Allah bagi pahala.

Tiba-tiba Anakanda Iklil Hawa pula rasa cemburu kerana abang dapat 30 markah, padahal dia sudah mandi di rumah penjaga jadi dia tidak perlu sidai tuala. Mama pun berkata " Ok ok kakak pun sidai jugalah mama nak tengok.Bersusah payah dan gigih kakak menyidai tuala hehe.. Pujilah usaha anak kita itu "Yeay, kakak pun pandai sidai tuala, mama suka. kakak pun 30 markah" - Subhanallah...mahu didorong abangnya untuk menyidai tuala, adiknya juga terdorong. Ternyata anak kita lebih mendengar kata jika tidak dimarah dan dibebel. Mengikut sunnah nabi memudahkan kerja mama. Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad..
Gaya tuala Anakanda Ammar selepas mandi
Mama tidak perlu lagi membebel tak sidai tuala, sudah tahu tanggungjawab sendiri dan terdorong berubah :)

* Ok selepas ini watak mama ialah Rapunzel Muslimah yang manis :)

Tema Rumah Saya

hasil kerja anak didik yang sangat comel dan kreatif :)

Lagu Rumah Kecil Saya :

Rumah kecil saya ada taman bunga
Bunga warna warni harum dan wangi
Rumah kecil saya ada tingkap dua,
Langsir warna biru dibuat ibu

* Lagu ini dipelajari dari En Mat Safea pensyarah Muzik yang sangat 'sporting' di IPBMM semasa menyambung pengajian KPLI Prasekolah :)

Aktiviti berkaitan :
BM - mengajar jenis rumah, mengajar bahagian rumah yang asas dan bahagian di dalam rumah (ruang tamu, dapur dan sebagainya)
BI - parts of house, things in the house, song 'I am a little teapot"
Matematik - padanan objek di dapur, pengiraan objek
Fizikal - menuang air ke dalam pelbagai botol, aktiviti memasukkan air ke dalam botol guna span, lipatan origami rumah
Sosio emosi - Bermain main peranan tugas di rumah
Kreativiti - Mewarna rumah, kraf rumah dari straw/ batang ais krim   

Aplikasi Teknik Mendorong dan; Pujian mengikut sunnah Nabi Muhammad saw

Teknik Pujian:
Bagusnya! Cikgu suka dan kagum. Bersungguh sungguh kamu mewarna rumah ini.(Puji) Origami rumah ini jadi cantik dan kemas mata memandang. (impak)

Wow. Kamu lukis orang di dalamnya, kreatif betullah Zulhilmi ni. (pujian). Cikgu rasa kamu boleh jadi pelukis hebat bila besar nanti (impak) 

Teknik Pejam mata pada kesalahan dan memberikan penyelesaian
Begini caranya kita melipat origami rumah. (setelah ada murid yang salah melipat, atau comot mewarna cikgu tarik nafas, bersabarlah cikgu2 teknik ini memang melatih kita supaya tidak stress dan kena sakit jantung dan bimbing mereka dengan demonstrasi melipat sekali lagi dan tunjuk ajar cara mewarna :). 

Monday, March 4, 2013

Lagu Alif Ba Ta..

Jom nyanyi sambil mengingat huruf-huruf ini :)

Contoh perkongsian skrip Teknik Pujian :
Wah,  adik berusaha untuk mengingat huruf-huruf ini. Ibu kagum. Lama kelamaan adik tentu akan mengingat semua huruf ini bila adik selalu menyanyi.

Sunday, February 24, 2013

abcdefghijklmnopqrstuvwxyz wipe off :)

Assalamualaikum dan hi..

Dah lama Cikgu Syikin nak kongsi abc wipe off ni, baru sekarang berkesempatan. Sebenarnya idea ini bertitik tolak dari si kakak yang suka menyambung titik-titik huruf pada buku-buku. Memandangkan buku tersebut tak berwarna warni dan dia nak buat banyak kali tercetuslah idea ini,hehe. Templat asal bunga yang cantik ni merupakan hasil kak Noranin Abdullah, seorang guru prasekolah di Perak yang memuat turun templat bunga percuma ini di facebook Preschool Shoppe, kredit untuk kak Noranin. Font yang saya gunakan ialah abcprinted arrow dan nation untuk tulisan dot dot. Lepas print, kena betulkan dulu menggunakan marker hitam huruf I besar dan J besarnya agar sama dengan cara penulisannya. Kemudian, laminate dan ringkan. Dah siap untuk ditulis dengan marker boleh padam tau..kalau nak padam guna sahaja kain atau tisu, jimatkan. Boleh diguna berulang kali dan dimana sahaja. Anak-anak mesti tak boring punya sebab berwarna warni.

Saya juga dah gunakan kaedah ini untuk beberapa orang murid yang memang 'keras' tangannya nak menulis...agaknya di rumah memang tak ada pendedahan langsung cara pegang pensel ke, huruf ke jadi tugas cikgunya lah yang nak lembutkan tangan budak-budak ni dan Alhamdulillah telah nampak peningkatan dan perubahan.

Tuan/Puan boleh menghantar email kepada saya untuk contoh bahan di atas di email cikgusyikeen@gmail.com

Selamat mencuba !

Thursday, February 21, 2013

Belajar Huruf Vokal dan Bunyi Vokal

Huruf Vokal ada 5 a, i, u, e, o, e. Saya suka mengajar huruf vokal terlebih dahulu sebelum mengajar huruf yang lain. Caranya saya menggunakan teknik menyanyi dan banyak menyebut, kerana tumpuan huruf vokal ialah mengecam perkataan yang disebut bermula dari huruf vokal apa dan dalam perkataan tersebut huruf vokal apa yang ada. Saya suka menggunakanlagu ini sambil membuat aksi pergerakan bersama-sama anak murid.

Kredit untuk Bacalah Anakku untuk lagu ini.

Lirik lagunya diubahsuai sedikit oleh saya untuk menekankan pengenalan bunyi dan huruf vokal sekali. Bila murid menyanyi bunyi huruf vokal, membuat gaya kemudian di hujung nyanyian mereka  menyebut huruf tersebut (mereka akan kenal bunyi dan huruf sekaligus)

Abu ada ayam a a a (3x)
a a a a a a (bunyi a ) a ! (tunjuk kad huruf a dan sebut huruf a)

Itik ikut ibu i i i (3x)
i i i i i i (bunyi i ) i ! (tunjuk kad huruf i dan sebut huruf i)

Ular usik ulat u u u (3x)
u u u u u (bunyi u ) u ! (tunjuk kad huruf u dan sebut huruf u)

Oji jual oren o o o(3x)
o o o o o  (bunyi o ) o ! (tunjuk kad huruf o dan sebut huruf  o)

Enam ekor enggang e e e (3x)
e e e e e (bunyi e pepet) e ! (tunjuk kad huruf e dan sebut huruf e)

Epal rasa enak e e e (3x)
e e e e e (bunyi e taling )  e ! (tunjuk kad huruf e dan sebut huruf e)

kad huruf vokal

* Selepas ini boleh melatih anak untuk mengenalpasti huruf vokal untuk perkataan tersebut contohnya
Apa perkatan-perkataan yang bermula dari vokal 'a'? - A (bunyi a) untuk a...pi, a..wan, a..yah..atap..a..yam disertakan sekali dengan gambar. Selamat mengajar :)

Tema Kawan Saya :)

Minggu ini Tema Kawan Saya. Anak-anak murid sangat teruja menyebut nama kawan baik masing-masing. Oh ini bermakna perkembangan sosio emosi anak murid saya berada dalam keadaan yang baik. kami nyanyi lagu ini bersama-sama

Nilai-nilai persahabatan yang dipelajari sepanjang minggu ini ;
  1. Kita mesti saling sayang menyanyang sahabat/kawan sebagaimana Nabi Muhammad saw juga amat menyayangi sahabat-sahabat Baginda.
  2. Sahabat menjadikan dunia kita ceria, gembira dan seronok. Kata anak-anak murid " Cikgu bila tak de kawan, nanti boring" Betul Betul Betul
  3. Nilai murni lain - Bila meminjam barang dari kawan, mintalah izin dan pulangkan semula setelah selesai menggunakannya. Semasa menggunakan barang yang dipinjam jagalah keselamatan barang tersebut. Contoh ayat " May I borrow your colour?" atau  "Boleh saya pinjam warna awak?". Nilai murni lain tolong menolong bila kawan dalam kesusahan.
  4. Bila bertemu kawan baru : Beri ucap salam, jabat tangan dan tanya nama. Sebenarnya semasa sesi P&P ini, kami buat main peranan@berlakon. hehe seronok melihat aksi anak-anak ini berlakon pelbagai situasi berkaitan tema kawan saya. Anak murid Cikgu Syikin memang ada bakat berlakon. Cikgu Kagum! Sayang tak diambil videonya :)
Antara lembaran kerja berkaitan ialah menulis nama sahabat, melukis dan mewarna gambar sahabat, membuat kraf patung sahabat dari batang aiskrim dan tampalgambar (jadi macam puppet)

Lagu Abjad Huruf Besar

Lagu Abjad Huruf Kecil

Contoh skrip mendorong ; Wah mama suka. Adik mahu belajar nyanyi lagu ABC.(Pujian)
Kalau adik rajin pasti adik akan ingat semua abjad ini kan. (Impak)

Monday, February 18, 2013

Seronoknya Belajar!

Tip-tip Menjadikan Pembelajaran Suatu Perkara Yang Menyeronokkan: •Bahan Untuk belajar, ada bermacam-macam bahan boleh digunakan seperti buku, akhbar, majalah, audio, video, animasi serta bahan-bahan daripada internet. Pada era moden ini, kanak-kanak didedahkan kepada alat-alat teknologi sejak awal lagi. Terdapat tablet dan pelbagai alat mainan canggih yang boleh dijadikan bahan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. •Kaedah Bagi kanak-kanak, mereka banyak belajar ketika bermain. Jadi, ajarlah mereka sambil bermain. Misalnya, ajak anak-anak bermain naik tangga turun tangga untuk mengajar mereka mengira. Cara ini memang lebih menyeronokkan berbanding belajar terus daripada buku. •Idea Ibu bapa ataupun guru mestilah ada idea yang bernas untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk terus belajar. Contohnya, jika ingin mengajar mereka tentang buah-buahan, lebih elok jika anda beli beberapa buah-buahan segar dan biar anak lihat dan pegang sendiri buah-buahan tersebut. Pada masa yang sama, anak boleh tahu apa yang ada di dalam buah tersebut sekali gus dapat merasa buah-buahan tersebut. Tentunya cara ini lebih holistik dan berkesan daripada mengajar anak mengenal buah-buahan menerusi lukisan atau gambar pada buku. •Gaya Belajar Gaya belajar merupakan kombinasi bagaimana seseorang kanak-kanak itu menyerap, mengatur dan mengolah maklumat yang ada dalam fikiran mereka. Biasanya ada tiga gaya belajar yang dominan iaitu auditori, visual dan kinestetik. 1) Auditori Auditori merupakan gaya belajar yang lebih mudah menyerap, mengatur, dan mengolah informasi melalui pendengaran. Kanak-kanak jenis ini biasanya lebih mudah dan lebih cepat menghafal dengan membaca menggunakan suara yang kuat ataupun melalui audio. Tip: Bacalah buku bersama anak anda atau mainkan pita audio yang mempunyai irama menarik untuk membantu dia belajar lebih baik 2) Visual Kanak-kanak gaya belajar visual lebih mudah menerima ilmu menerusi penglihatan mereka. Mata mereka tajam. Mereka lebih mudah mengingat apa yang dilihat berbanding yang didengar. Aktiviti demonstrasi atau tunjuk cara sangat sesuai untuk kanak-kanak jenis ini. Tip: Pilih bahan bacaan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk yang menarik supaya anak anda lebih fokus dalam pembelajarannya. 3) Kinestetik Gaya belajar kinestetik adalah gaya belajar yang berkecenderungan kepada pergerakan tubuh atau pergerakan tangan. Kanak-kanak jenis ini biasanya aktif. Mereka gemar menyentuh benda yang ada di sekeliling mereka dan mengekspresikan apa yang mereka rasa dengan pergerakan tubuh. Tip: Berikan anak anda permainan susun suai gambar atau blok binaan supaya dia belajar melalui sentuhan dan perbuatan. Kredit : FB Fun Kiddies

Sambutan Maulidur Rasul Prasekolah

Alhamdulillah..

Berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang pertama kali diadakan
7 Februari 2013 bersamaan 26 Rabiulawal1434H
Semoga Allah terus mengekalkan rasa cinta dan kasih sayang anak-anak syurga ini kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Semoga anak-anak ini jua akan mengamalkan sunnah yang dipelajari dan menjadikan Nabi Muhammad SAW idola mereka..amin..

Pengisian program - perarakan, selawat, persembahan nasyid dan membaca sirah nabi, ucapan, jamuan, ceramah "Saya SAYANG Nabi Muhammad saw"  serta aktiviti mewarna.

Lirik Nasyid 

Anak nabi kita
Ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum
Siti Rokiah
Nabi kita Nabi Muhammad
Ibu Nabi Siti Aminah
Ayah Nabi Abdullah
Datuk Nabi Abdul Mutalib
Subuh Isnin dilahirkan
Rabiulawal 12 haribulan
Di kota Mekah Tahun Gajah
Tarikh Nabi dilahirkan

Satu-satu saya sayang Allah
Dua dua sayang Rasulullah
Tiga tiga sayang ibu ayah
Satu dua tiga sayang semuanya

Alhamdulillah berjalan lancar..Terima kasih Ya Allah 
 
Sunday, February 17, 2013

Meningkatkan Estim Kendiri Kanak-Kanak Dengan Memberikan Mereka Peranan/Tugasan

Ini merupakan Teknik Guru Melantik Banyak Penolong Guru Dari Hadis Pembela Nabi Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Abdillah melaporkan pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad telah mengumumkan panggilan perang lalu Zubair bin Awam menyahut panggilan perang itu. Selepas itu sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Kemudian sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan itu, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Lalu Nabi Muhammad berkata "Sesungguhnya tiap-tiap nabi mempunyai pembela dan pembela saya adalah Zubair. Hadis nombor 1643 dalam Kitab Ringkasan Sohih Muslim. Salah satu cara menaikkan estim kendiri pelajar ialah dengan memberikan mereka jawatan. Dengan menggunakan Teknik Memberi Peluang Semua Pelajar Angkat Tangan saya bertanya "Siapa di antara anak murid cikgu yang nak tolong cikgu?" Saya bertanya sambil mengelipkan mata. "Saya cikgu,saya cikgu". Kelihatan semua anak murid saya mengangkat tangan beriya-iya. Dengan Teknik Pujian saya menjawab " Wah..Cikgu suka dan kagum. Kamu semua nak bantu cikgu ringankan tugas cikgu dan Puan Ima. Kamu semua pasti dapat pahala. Allah suka, Nabi pun suka". "OK Cikgu akan bahagikan kamu semua dengan tugas sebagai Penolong Cikgu". Saya pun menyebut dan melantik 3 orang Penolong Guru: 1. Penolong Guru Bacaan 2. Penolong Guru Kebersihan Kelas 3. Penolong Guru Kebersihan Tandas 4. Penolong Guru Bacaan Doa 5. Penolong Guru Alatan Sukan 6. Penolong Guru Bahan Bantu Mengajar 7. Penolong Guru Perpustakaan 8. Penolong Guru Kehadiran Tujuan : Murid merasa bertanggungjawab kerana guru telah memberi tugasan dan berlumba lumba untuk membuat sehabis baik. Murid rasa diiktiraf peranan mereka dalam kelas sama penting. Estim kendiri murid juga akan meningkat kerana rasa tanggungjawab ke atas jawatan yang disandang. Boleh diaplikasi juga kepada anak-anak di rumah 1. Penolong Guru Bacaan – Luqman Arief, Aqilah dan Balqis. Mereka sudah boleh membaca dengan lancar. Mereka boleh membantu saya menyemak bacaan rakan-rakan. 2. Penolong Guru Kebersihan Kelas – Aina, Adriana dan Azila. Mereka memang murid yang rajin menjaga kebersihan kelas. Perlantikan ini menjadikan mereka lebih bersungguh-sungguh menjadikan kelas bersih. 3. Penolong Guru Kebersihan Tandas – Fadli, Ain Atierah dan Durrah. Mereka murid yang kerap ke tandas. Tugas mereka memastikan kawan-kawan menyusun selipar selepas keluar tandas dan memastikan tandas bersih, pili ditutup dan kawan-kawan tidak bermain di tandas hehe.. 4. Penolong Guru Bacaan Doa – Hadi Rafeeq, Fendi dan Ain Shahirah. Suara mereka kuat dan lantang. Saya mahu menaikkan estim kendiri mereka. Mereka ada bakat kepimpinan, selalu mengangkat tangan sukarela untuk membaca doa. 5. Penolong Guru Alatan Sukan – Aqeel, Zulhilmie dan Abid. Mereka murid yang ada bakat dalam sukan dan suka menolong saya membawa skital, bola dan lain-lain peralatan sukan semasa aktiviti fizikal. 6. Penolong Guru Bahan Bantu Mengajar- Fiona, Luqman Hakim, Shakur dan Izuwan adalah dalam kumpulan Rajin ( kumpulan yang perlu diberi perhatian lebih). Saya ingin meningkatkan minat mereka untuk belajar. Belajar itu seronok melalui bahan bantu mengajar yang disediakan. 7. Penolong Guru Perpustakaan – Amira, Ahza Dalili dan Syasya. Mereka memang suka membaca walaupun belum lancar lagi. Mereka memastikan dan menasihati rakan-rakan supaya menyusun buku dengan kemas dan teratur selepas membaca. Mereka memudahkan kerja pembantu pengurusan murid, Puan Norimah 8. Penolong Guru Kehadiran – Nazri, Syahmi dan Nurul. Mereka merupakan murid yang selalu datang awal ke sekolah (cikgunya pun belum sampai lagi hehe). Mereka akan memberitahu saya siapa rakan yang tidak hadir, memastikan rakan memberi salam sebelum masuk ke kelas dan memastikan rakan-rakan mengisi kad nama (seperti ‘punch card’) *minta maaf susunan gambar berterabur masih lagi belajar bloging setelah sekian lama blog bersawang hehe*

Seronoknya Kenal ABC

.
Bismillah.. Semoga perkongsian membawa manfaat Perkongsian untuk anak-anak mengenal abjad.
 1. Mulakan dengan membiasakan murid/anak-anak mendengar nyanyian lagu abjad
2. Bermain dengan puzzle abjad
3. Bermain main dengan kad imbas abjad
4. Meneroka huruf dalam kotak abjad
 5. Menekap huruf menggunakan doh
 6. Kolaj huruf
7. Memancing ikan huruf
 8. Menulis huruf
 * Antara cara yang berkesan untuk bermain ialah ajak anak bermain 'cikgu-cikgu'. Siapa yang tak suka main kan? Kita jadi murid dan anak menjadi cikgu atau sebaliknya

Teknik Format Pujian Gaya Nabi Muhammad :
 1. Wah..Cikgu kagum. Kamu semua sudah boleh menyanyikan lagu ABC bersama-sama cikgu (PUJIAN) Tidak mengapa jika masih lagi tidak kenal huruf. Cikgu yakin jika kamu semua semakin rajin membaca kad-kad ABC ini kita akan dapat ingat huruf-huruf ni semua kan (IMPAK)

2. Wow.Mama sukalah. Hawa berusaha susun kad-kad huruf ni sambil nyanyi lagu ABC (PUJIAN) Mama yakin lama-lama Hawa mesti ingat semua huruf-huruf ni kan. (IMPAK)

 3. Wah bagusnya anak-anak murid cikgu bekerjasama menangkap ikan huruf sambil sebut huruf-huruf. (PUJIAN). Cikgu yakin lama kelamaan kamu dapat mengenal semua huruf-huruf ini (IMPAK)

 Di bawah ini disertakan link untuk nyanyian abjad yang saya gunakan di dalam pengajaran di kelas dan bersama-sama anak-anak. Akan diupload sedikit masa lagi video dari youtube ini ABC Song Lullaby Huruf kecil dengan menggunakan doh, lagu tidak terlalu laju dan tidak menggabungkan LMNOP saya suka :) ABC Song For Kids Huruf besar, lagu yang menyeronokkan dan mood gembira :)

Aktiviti Pratulis & Meningkatkan Koordinasi mata-jari (kemahiran motor halus)

Bismillah.. Sebelum mengajar anak-anak menulis dan membaca adalah sangat penting untuk meningkatkan perkembangan motor halus serta koordinasi mata-tangan mereka sebelum mereka benar-benar bersedia untuk menulis. Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkembangan mereka 1. Aktiviti menguatkan otot otot jari seperti menguli doh 2. Aktiviti menggunakan penyepit baju 3. Aktiviti memulas penutup botol 4. Aktiviti menuang air ke dalam bekas 5. Lacing 6. Melengkapkan puzzle 7. Memasukkan manik ke dalam tali/benang 8. Membutangkan baju 9. Memakai sarung tangan dan sarung kaki 10. Lembaran kerja (menyambung titik-titik) 11. Lembaran kerja (mewarna) Contoh Skrip Pujian Teknik Nabi : 1. Wah, mama kagum. Kakak sudah pandai uli doh. (PUJI) Jari jari kakak akan jadi kuat untuk menulis dan mewarna. (IMPAK) 2. Wow. Abah suka. Rajinnya adik sambung titik-titik ini jadi garisan ye. (PUJI) Kalau tiap-tiap hari adik rajin macam ni abah yakin bila adik sekolah nanti adik jadi budak pandai (IMPAK) 3. Alhamdulillah, sukanya cikgu. Kamu berusaha memasukkan manik ini ke dalam tali (PUJI). Mesti lepas ini kamu jadi lebih mahir dan dapat jadikan manik ni macam rantai kan. (IMPAK) Mahir itu apa cikgu ? Mahir itu maksudnya kamu jadi lebih pandai dan cekap. Teknik memuji ialah puji USAHA anak, walaupun hasilnya mungkin tidak sempurna atau cantik atau tidak kemas bukan memuji individu. Selain itu untuk meningkatkan lagi motivasi intrinsik anak, ibu bapa atau guru boleh menyentuh bahu, peluk dan sayang anak setelah anak melakukan sesuatu usaha, mudah mudahan anak akan lebih bermotivasi dan meningkatkan keyakinan dirinya. Foto Aktiviti Kredit Tuan Google dan koleksi sendiri

Tuesday, February 5, 2013

Bengkel Mendorong Pelajar Corot oleh Ustazah Siti Khadijah

Alhamdulillah kali ini berkesempatan mengikuti Bengkel Mendorong Pelajar Corot oleh Ustazah Comel Ustazah Siti Khadijah. Peluang yang tak akan saya lepaskan walaupun jatuh pada hari Ahad. Bertemankan sahabat saya Azwana Mohd Hassan yang juga Pembimbing Ibu Menyusu kami memujuk para suami masing-masing yang hebat dan tabah untuk menambah pahala menjaga anak-anak demi perjuangan isteri/ibu2 menambah ilmu didada..hehe..Bengkel ini hari Ahad ye. Ada beberapa Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad yang ditambah lanjutan dari bengkel yang disampaikan oleh Puan Khairulaniza. Antaranya ialah : 1. Teknik Mencipta Hukuman 2. Teknik Mendorong Semua Pelajar Angkat Tangan 3. Teknik Menyelesaikan Konflik 4. Membezakan Ayat Person dan Ayat Action
Teknik Ganjaran dan Pujian. Nampak macam mudah dan selalu kita buat pada anak-anak/anak didik tapi cara yang betul dan lebih memberi impak adalah dengan cara ini. Yang dipuji bukan pelakunya tetapi usahanya. Setelah mengaplikasikan teknik pujian ini saya dapati ia berbentuk kata-kata baik yang berunsur doa kepada pelakunya seterusnya menaikkan estim kendiri yang dipuji. Siapalah yang tak suka dipuji kan.. Subhanallah, mempelajari teknik-teknik ini betapa indahnya akhlak Nabi Muhammad SAW. Akhlak nabi adalah sebaik-baik panduan rasa nak tahu tentang sirah baginda, keperibadian baginda tiba-tiba terbit dalam diri. Teknik-teknik yang dikongsi trainer bukan sahaja dapat diaplikasikan kepada pelajar, pekerja, bos dan tidak lupa pada suami juga hehe..Terima kasih kepada Tim Psikologi Hadis yang telah menhkaji Prinsip Psikologi, Strategi, Metod, Prosedur, Prioriti, Teknik dan Taktik Nabi Muhammad dalam hadis-hadis baginda. Tuan/Puan yang boleh membaca dengan lebih lanjut kajian tim hadis di bawah ini. 1. Analisis Hadis Psikologi 2. Blog Mendorong Pelajar Corot 3. Teknik Kaunseling Islam 4. Training dan Trainer 5. Analisis Linguistik Bahasa Nabi Muhammad Selamat Membaca, mengkaji, mengamalkan dan menyebarkan Sunah Nabi :)

Monday, February 4, 2013

Fiona Yang Comel

Foto ini membuat saya tersenyum. Fiona gadis cilik yang paling comel dalam kelas saya. Tiap hari apabila datang ke sekolah pasti dia memakai skaf merah jambu atau klip rambut yang berwarna warni dengan rambutnya yang ditocang menyerlahkan lagi kecomelannya. Ada kisah menarik tentang Fiona. Fiona tidak pernah ke sekolah. Ibunya berbangsa Indonesia. Prasekolah Hamka adalah dunia pertama dia mengenal ilmu. Pada awal persekolahan lihat kerut muka dan tangannya yang menopang dagu tidak mahu membuat kerja yang saya pinta sambil masam mencuka. (Geli hati saya melihat gambar ini). Pensel warna itu juga dilemparkannya tanda protes tidak mahu membuatnya. Tapi hari demi hari, dengan teknik memuji & mendorong cara Rasulullah yang saya pelajari, Fiona adalah salah seorang murid saya yang paling tekun membuat kerja sehinggakan kerja rumah yang saya berikan (saya cop "homework/kerja rumah") muka surat yang tidak bercop kerja rumah pun dibuatnya..hehe :)

Mengawal Kebisingan dalam Kelas

Saya sudah semakin memahami karektor anak-anak didik saya. Yang pendiam, yang suka bercerita, yang suka mengusik kawan, yang suka memuji cikgu dan yang tersangat aktif suka masuk bawah meja pun ada. Membuat bising dan berbual-bual dalam kelas walaupun bukan satu kesalahan besar tetapi memberi impak kepada pembelajaran di kelas. Impaknya kerja tidak siap-siap apabila cikgu mahu mengajar pelajaran lain. Di dalam kelas Prasekolah Hamka seramai 25 orang murid dibahagikan kepada 4 kumpulan – Kumpulan Rajin, Bijak, Cerdik dan Pandai. Setelah menerangkan kerja yang perlu dilakukan, semua murid kembali ke tempat duduk masing-masing dan mula menulis. Di dalam kelas ini ada beberapa orang murid yang sangat suka bercakap-cakap sehingga mempengaruhi kawannya yang lain. Kelas boleh jadi macam pasar kalau tahap kebisingan tidak berjaya dikawal. Hehe..Kalau dulu ayat yang sering keluar ialah : 1. Eee.. bising betul lah awak semua ni. Macam mana kerja nak siap kalau tangan tak gerak, mulut jer banyak. 2. Diam..diam..buat kerja masing-masing! *muka cikgu masam, cikgu marah, cikgu stress.. Bila mengaplikasikan Teknik Mendorong Gaya Nabi : 1. Memuji dan memberi impak “Emm..Cikgu suka dan kagum dengan Kumpulan Rajin,Beginilah caranya bila buat kerja yang cikgu berikan. Mereka tekun dan kurang bercakap.” (PUJIAN) “Bila kita tekun semasa membuat kerja dan kelas dalam keadaan senyap, barulah kerja kita akan siap. 30 markah untuk kumpulan Rajin! (IMPAK) Murid lain memandang kumpulan Rajin. Serta merta kumpulan lain yang bising pun terdorong untuk senyap dan lebih tekun membuat kerja :) Puji terus kumpulan yang sudah melakukan perubahan “wah..macam nilah cikgu suka semua orang buat kerja lebih tekun. 30 markah juga untuk Kumpulan Bijak, Cerdik dan Pandai” Pada hari-hari yang lain juga situasi yang sama masih boleh berulang. Teringat kata-kata mentor “Perubahan tidak berlaku secara mendadak. Perubahan juga tidak kekal hanya dengan sekali dua aplikasi teknik nabi Muhammad. Mengharapkan perubahan positif itu kekal kepada anak-anak dan anak-anak didik hanya selepas beberapa kali dicuba teknik Nabi Muhammad tanpa dipupuk dan terus dibaja, memerlukan keajaiban. Sungai akan sentiasa penuh andai air sungai terus mengalir. Pada hari lain teknik yang lain pula digunakan. “Siapakah di dalam kelas ini yang mahu pahala?” Soalan ini memnyebabkan kelas yang bising senyap seketika dan mata mereka tertumpu pada saya. Semua mengangkat tangan. Kepada murid-murid ini saya terangkan. “OK. Bila cikgu bagi kerja, siapkan pada masa yang ditetapkan. Bercakap dengan suara yang perlahan. Allah beri pahala pada mereka yang siapkan kerja yang cikgu beri. Orang yang tidak membuat bising dan siapkan kerja dia dah gembirakan hati cikgu juga dapat pahala lagi” Alhamdulillah..kelas kembali terkawal. :) Semoga kita terus ditingkatkan kesabaran dan istiqamah dalam mengaplikasikan Teknik Gaya Rasulullah

Aplikasi Teknik Nabi - Minggu pertama persekolahan Prasekolah Hamka

Dari dinding FB saya yang baru sempat dikongsi di blog ini hehe.. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memudahkan segalanya, selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW. Minggu pertama persekolahan dilalui dengan hati berbunga-bunga dengan harapan dapat mengaplikasikan Teknik Nabi dalam sesi P dan P. Saya masih lagi bertatih kadang kala juga kehilangan kata-kata skrip bagaimana yang mahu digunakan hehe.. Teknik Pujian – Puji dan beri impak Bersedia menunggu ketibaan anak-anak prasekolah di muka pintu menyambut mereka dengan senyuman, mengajar mereka menyusun kasut, memuji nama mereka dan mengiring mereka ke tempat duduk. Ini semua adalah situasi pertama dan baru bagi anak-anak. Pujian pasti menaikkan estim kendiri dan semangat mereka untuk ke sekolah lagi. Terima kasih pembantu saya yang turut memudahkan kerja saya. Antara skrip pujian yang dituturkan : “Wah, pandainya kamu susun kasut, kemas tersusun. Kalau buat macam ni setiap hari bila datang sekolah senang kan nak cari kasut” Semasa bertanya nama murid puji nama murid. Tanya juga bila besar nak jadi apa? Sebut nama murid beserta gelaran contohnya “ Sedapnya nama Dr Abid. Bila besar nanti boleh la cikgu pergi klinik Abid check cikgu ya. Duduk di sini dulu kejap lagi kita belajar ya” Seorang murid tiba-tiba menangis. Oh rupanya baru teringat saya tidak memberikan mereka apa-apa lagi di atas meja untuk mereka lakukan aktiviti sementara saya menunggu ketibaan murid yang lain. Terus ambil ‘alphabet puzzle foam’ dan berikan kepada semua yang hadir. Barulah Ahza Dalili berhenti menagis dan terus memuji sikapnya. “Arr cikgu suka Ahza dah tak nangis lagi. Ahza berani datang ke sekolah. Kalau tiap hari Ahza tak nangis dan datang ke sekolah nanti Ahza jadi budak pandai kan”. Alhamdulillah hari ke dua dan seterusnya Ahza tidak menangis lagi datang ke sekolah. Beberapa hari ini juga perkataan KAGUM dan SUKA meniti di bibir. KAGUM adalah perkataan aras tinggi bagi murid prasekolah. Semasa saya minta mereka menyanyikan lagu ABC, saya puji mereka lagi. Bila saya sebut “Cikgu KAGUM ( saya buat ekspresi muka seperti terkejut dan mulut melopong hehe) kamu semua murid Prasekolah Hamka baru hari pertama sekolah tapi dah pandai nyanyi lagu ABC dengan lancar. Kalau macam ni kamu rajin datang ke sekolah, rajin nyanyi lagu ABC tentu lepas ni kita semua jadi budak pandai baca dan tulis kan” Saya juga memuji "Semua datang sekolah pada hari ini.(PUJIAN) Cikgu suka..cikgu kagum.(PUJIAN) Tepuk tangan untuk diri sendiri (GANJARAN SOSIAL POSITIF).Allah suka pada mereka yang nak belajar datang sekolah menuntut ilmu dan malaikat pun tulis pahala.Ibu bapa pun awak pun suka. Insyaallah semua akan jadi murid yang pandai dan bijak dan anak yang soleh dan solehah(IMPAK) Teknik Pujian Gaya Nabi menerangkan begini. Ciri-ciri pujian Nabi Muhammad: 1. Pilih satu kebaikan yang dilakukan oleh orang itu dan berikan pujian serta-merta serta secara terbuka supaya pelajar-pelajar lain dapat mendengarnya. Sebagai contoh, pelajar itu tidak menyiapkan latihannya, tetapi tulisannya kemas dan mudah dibaca. Jangan sebut isu latihannya yang tidak disiapkan. Sebaliknya, berikan pujian kepada tulisannya yang kemas itu. 2. Pujian itu ditujukan kepada hasil kerja yang dilakukan oleh orang itu, bukan ditujukan kepada diri orang itu. Contoh pujian yang ditujukan kepada hasil kerja: "Tulisan kamu sungguh kemas." (BETUL) "Kamu sudah cuba menjawab semua soalan. Bagus!" (BETUL) "Saya suka dengan hasil lukisan kamu. Ia sungguh cantik." (BETUL) Contoh pujian yang ditujukan kepada diri orang itu: "Kamu pandai menulis dengan kemas." (SALAH) "Kamu rajin menjawab semua soalan." (SALAH) "Kamu mempunyai bakat melukis yang baik." (SALAH) 3. Dalam pujian itu nyatakan impak positif perbuatan yang dipuji. Perkataan 'impak' (impact) bermakna kesan yang terhasil daripada perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, tulisan pelajar yang kemas menghasilkan impak karangannya dapat mudah dibaca oleh guru. Contoh pujian yang tidak menyebut impak: "Kamu sekarang sudah pandai membaca dengan lancar." (SALAH) "Bacaan kamu sungguh bagus." (SALAH) Aplikasi pujian,: 1. Puji serta-merta . 2. Puji kebaikan tindakan/perbuatan/hasil kerja 3. Menyatakan Impak perbuatan/tindakan positif. Teknik Tidak Menegur Kesalahan, Pejam Mata Pada Kesalahan dan Terangkan Kesalahan Ada 2 orang murid suka buat aktiviti sendiri iaitu berjalan-jalan dalam kelas semasa saya sedang mengajar pada sesi perbualan pagi ‘circle time’ (hehe..biasalah budak kecil mereka tertarik melihat susunan mainan dibahagian belakang kelas rasanya). Saya katakan “Semasa cikgu sedang mengajar, kita duduk, tengok cikgu ajar, ikut apa yang cikgu sebut, barulah kita akan faham apa yang cikgu ajar kan”..Kata-kata saya disetujui murid yang lain. Pembantu saya mengiringi mereka dan dudukkan mereka di hadapan(kelihatannya mereka masih lagi tidak faham mungkin kerana masih awal persekolahan). Tidak tegur kesalahan tetapi tunjukkan apa yang patut dibuat.Teknik ini juga digunakan semasa murid tidak menumpukan perhatian pada apa yang diajar dan mengusik-ngusik kawan. Cikgu2 juga perlu ‘alert’ kadang kadang jika murid tidak fokus apatah lagi murid pra yang fokusnya hanya sekejap mungkin juga sesi P dan P kita kurang menarik. Kena tukar strategi pengajaran hehe (peringatan pada diri sendiri juga) Berikut ialah rujukan Teknik Nabi Muhammad Tidak Menyiasat Kesalahan. Nabi Muhammad tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan. Dalam hadith di bawah ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan: 1. Lelaki itu datang lambat. 2. Dia bercakap kuat di dalam masjid. 3. Apabila ditanya dia tidak mengaku. Nabi Muhammad tidak bertanya: "Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH) "Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH) "Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH) Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu. Hadith rujukan: '12 Malaikat' Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.' Teknik Guru Memberi Markah 10-20-30 Saya sediakan cop comel yang ada bintang 1, 2 dan 3 dan cop dalam buku mereka. Nampaknya mereka teruja dengan bintang yang mereka dapat. Cuma sedikit penambahbaikan pada teknik bintang ini ialah diletakkan sekali markah 10, 20 dan 30 supaya murid dapat membezakan hasil kerja yang terbaik dan betul mendapat markah 30. Hasil kerja yang baik tetapi ada sedikit kekurangan mendapat 20 markah dan hasil kerja yang baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi 10 markah. Dengan kaedah ini nampak benar murid dapat membezakan kenapa mereka mendapat markah 30, 20 dan 10 dan mendorong mereka untuk memperbaiki hasil kerja Rujukan hadisnya ialah : Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” — Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya dalam mengaplikasikan teknik Nabi Muhammad. Saya berdoa agar kita semua terus Istiqamah dan diberi kesabaran untuk mendidik anak-anak syurga ini. Amin.. Terima kasih mentor Cikgu Khairulaniza Khairuddin :)

Bengkel Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad oleh Cikgu Khairulaniza Khairuddin

Ini entri lapuk sebenarnya hehe. Baru beroleh kekuatan dan kelapangan masa menulis di blog.Segalanya bermula dari iklan FB yang saya baca. Begiru menarik bunyinya. Belum pernah saya dengar teknik Mendorong pelajar corot pula tu. Bengkel bukan untuk pelajar 'corot' tapi untuk ibubapa dan guru-guru. Tanpa berlengah terus mendaftar dengan Puan Khairulaniza Khairudin seorang guru yang sudah lama mengamalkan Teknik Mendorong Pelajar Gaya Nabi Muhammad.Kagum saya membaca catatan dan pengalaman Puan Khairulaniza. Nampak benar keberkesanan teknik ini kepada pelaja-pelajarnya yang pelbagai bangsa. Pengurus bengkel pula merupakan guru mengaji anak saya, Puan Khadijah Gani yang turut saya kagumi penulisan blognya.Subhanallah indahnya ukhuwah. Berbekalkan ebook yang dibeli secara talian,bermulalah perjuangan menuntut ilmu baru. Kupasan demi kupasan teknik dari hadis nabi membuka mata saya betapa indahnya akhlak Nabi Muhammad SAW. Apatah lagiSeronok mendengar perkongsian Cikgu Khairulaniza. Antara teknik yang dipelajari : 1. Teknik Guru Tidak Menyiasat Kesalahan Pelajar 2. Teknik Guru Tutup Mata pada kesalahan sebaliknya memuji kebaikan pelajar 3. Teknik Format Pujian Nabi 4. Teknik Menyelesaikan Masalah Pelajar Puan Khairulaniza turut memberikan contoh situasi untuk dibincangkan di dalam bengkel iaitu situasi seorang pelajar yang dimarahi guru kerana mengambil pen rakannya untuk menyiapkan kerja.Ini membuatkan kami lebih faham dan 'nampak' pengaplikasian teknik ini. Begitu cepat masa berlalu, terasa tidak cukup masa dan mahu lagi banyak bertanya. Dalam keadaan anakanda beliau Nana Johari yang kurang sihat beliau tetap gigih mahu meneruskan bengkel dan bergegas menghantar anakandanya Nana Johari yang tidak sihat selepas bengkel berakhir. Semoga Allah merahmati usahanya menyebarkan usahanya agar kita mengaplikasikan sunnah nabi dalam mendidik anak dan anak-anak didik. Sejujurnya apabila mempelajari teknik nabi betapa saya insaf pada kekhilafan diri ini. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan mama anak-anak. Maafkan Cikgu Syikin anak-anak didik yang dikasihi. Banyak betul teknik yang selama ini saya rasakan betul rupanya tidak sesuai dan tidak mengikut seperti yang Rasulullah SAW ajarkan. Wajar benarlah saya rasa mudah marah dan stress dengan anak-anak dan anak didik.Bertekad! Lembaran 2013 mahu buka buku baru dan berazam mengaplikasikan teknik nabi dalam mendorong anak-anak dan anak didik.
Bergambar kenangan dengan peserta-peserta lain dan Mentor Mendorong Pelajar Corot, Puan Khairulaniza Khairuddin

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails