Sunday, February 17, 2013

Aktiviti Pratulis & Meningkatkan Koordinasi mata-jari (kemahiran motor halus)

Bismillah.. Sebelum mengajar anak-anak menulis dan membaca adalah sangat penting untuk meningkatkan perkembangan motor halus serta koordinasi mata-tangan mereka sebelum mereka benar-benar bersedia untuk menulis. Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkembangan mereka 1. Aktiviti menguatkan otot otot jari seperti menguli doh 2. Aktiviti menggunakan penyepit baju 3. Aktiviti memulas penutup botol 4. Aktiviti menuang air ke dalam bekas 5. Lacing 6. Melengkapkan puzzle 7. Memasukkan manik ke dalam tali/benang 8. Membutangkan baju 9. Memakai sarung tangan dan sarung kaki 10. Lembaran kerja (menyambung titik-titik) 11. Lembaran kerja (mewarna) Contoh Skrip Pujian Teknik Nabi : 1. Wah, mama kagum. Kakak sudah pandai uli doh. (PUJI) Jari jari kakak akan jadi kuat untuk menulis dan mewarna. (IMPAK) 2. Wow. Abah suka. Rajinnya adik sambung titik-titik ini jadi garisan ye. (PUJI) Kalau tiap-tiap hari adik rajin macam ni abah yakin bila adik sekolah nanti adik jadi budak pandai (IMPAK) 3. Alhamdulillah, sukanya cikgu. Kamu berusaha memasukkan manik ini ke dalam tali (PUJI). Mesti lepas ini kamu jadi lebih mahir dan dapat jadikan manik ni macam rantai kan. (IMPAK) Mahir itu apa cikgu ? Mahir itu maksudnya kamu jadi lebih pandai dan cekap. Teknik memuji ialah puji USAHA anak, walaupun hasilnya mungkin tidak sempurna atau cantik atau tidak kemas bukan memuji individu. Selain itu untuk meningkatkan lagi motivasi intrinsik anak, ibu bapa atau guru boleh menyentuh bahu, peluk dan sayang anak setelah anak melakukan sesuatu usaha, mudah mudahan anak akan lebih bermotivasi dan meningkatkan keyakinan dirinya. Foto Aktiviti Kredit Tuan Google dan koleksi sendiri

1 comment:

  1. Aktiviti ang meningkatkan motor halus ini sangat penting, saya perhatikan anak-anak yang biasa melakukan aktiviti pergerakan tangan dan jemari mudah diajar menulis, melakar dan melukis.

    http://tintacomellote.blogspot.com/2013/11/aktiviti-meningkatkan-kemahiran-motor.html

    ReplyDelete

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails