Tuesday, February 5, 2013
Bengkel Mendorong Pelajar Corot oleh Ustazah Siti Khadijah
Alhamdulillah kali ini berkesempatan mengikuti Bengkel Mendorong Pelajar Corot oleh Ustazah Comel Ustazah Siti Khadijah. Peluang yang tak akan saya lepaskan walaupun jatuh pada hari Ahad. Bertemankan sahabat saya Azwana Mohd Hassan yang juga Pembimbing Ibu Menyusu kami memujuk para suami masing-masing yang hebat dan tabah untuk menambah pahala menjaga anak-anak demi perjuangan isteri/ibu2 menambah ilmu didada..hehe..Bengkel ini hari Ahad ye.
Ada beberapa Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad yang ditambah lanjutan dari bengkel yang disampaikan oleh Puan Khairulaniza. Antaranya ialah :
1. Teknik Mencipta Hukuman
2. Teknik Mendorong Semua Pelajar Angkat Tangan
3. Teknik Menyelesaikan Konflik
4. Membezakan Ayat Person dan Ayat Action
Teknik Ganjaran dan Pujian. Nampak macam mudah dan selalu kita buat pada anak-anak/anak didik tapi cara yang betul dan lebih memberi impak adalah dengan cara ini. Yang dipuji bukan pelakunya tetapi usahanya. Setelah mengaplikasikan teknik pujian ini saya dapati ia berbentuk kata-kata baik yang berunsur doa kepada pelakunya seterusnya menaikkan estim kendiri yang dipuji. Siapalah yang tak suka dipuji kan..
Subhanallah, mempelajari teknik-teknik ini betapa indahnya akhlak Nabi Muhammad SAW. Akhlak nabi adalah sebaik-baik panduan rasa nak tahu tentang sirah baginda, keperibadian baginda tiba-tiba terbit dalam diri. Teknik-teknik yang dikongsi trainer bukan sahaja dapat diaplikasikan kepada pelajar, pekerja, bos dan tidak lupa pada suami juga hehe..Terima kasih kepada Tim Psikologi Hadis yang telah menhkaji Prinsip Psikologi, Strategi, Metod, Prosedur, Prioriti, Teknik dan Taktik Nabi Muhammad dalam hadis-hadis baginda. Tuan/Puan yang boleh membaca dengan lebih lanjut kajian tim hadis di bawah ini.
1. Analisis Hadis Psikologi
2. Blog Mendorong Pelajar Corot
3. Teknik Kaunseling Islam
4. Training dan Trainer
5. Analisis Linguistik Bahasa Nabi Muhammad
Selamat Membaca, mengkaji, mengamalkan dan menyebarkan Sunah Nabi :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment