Monday, February 4, 2013
Bengkel Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad oleh Cikgu Khairulaniza Khairuddin
Ini entri lapuk sebenarnya hehe. Baru beroleh kekuatan dan kelapangan masa menulis di blog.Segalanya bermula dari iklan FB yang saya baca. Begiru menarik bunyinya. Belum pernah saya dengar teknik Mendorong pelajar corot pula tu. Bengkel bukan untuk pelajar 'corot' tapi untuk ibubapa dan guru-guru. Tanpa berlengah terus mendaftar dengan Puan Khairulaniza Khairudin seorang guru yang sudah lama mengamalkan Teknik Mendorong Pelajar Gaya Nabi Muhammad.Kagum saya membaca catatan dan pengalaman Puan Khairulaniza. Nampak benar keberkesanan teknik ini kepada pelaja-pelajarnya yang pelbagai bangsa.
Pengurus bengkel pula merupakan guru mengaji anak saya, Puan Khadijah Gani yang turut saya kagumi penulisan blognya.Subhanallah indahnya ukhuwah.
Berbekalkan ebook yang dibeli secara talian,bermulalah perjuangan menuntut ilmu baru. Kupasan demi kupasan teknik dari hadis nabi membuka mata saya betapa indahnya akhlak Nabi Muhammad SAW. Apatah lagiSeronok mendengar perkongsian Cikgu Khairulaniza. Antara teknik yang dipelajari :
1. Teknik Guru Tidak Menyiasat Kesalahan Pelajar
2. Teknik Guru Tutup Mata pada kesalahan sebaliknya memuji kebaikan pelajar
3. Teknik Format Pujian Nabi
4. Teknik Menyelesaikan Masalah Pelajar
Puan Khairulaniza turut memberikan contoh situasi untuk dibincangkan di dalam bengkel iaitu situasi seorang pelajar yang dimarahi guru kerana mengambil pen rakannya untuk menyiapkan kerja.Ini membuatkan kami lebih faham dan 'nampak' pengaplikasian teknik ini. Begitu cepat masa berlalu, terasa tidak cukup masa dan mahu lagi banyak bertanya. Dalam keadaan anakanda beliau Nana Johari yang kurang sihat beliau tetap gigih mahu meneruskan bengkel dan bergegas menghantar anakandanya Nana Johari yang tidak sihat selepas bengkel berakhir. Semoga Allah merahmati usahanya menyebarkan usahanya agar kita mengaplikasikan sunnah nabi dalam mendidik anak dan anak-anak didik. Sejujurnya apabila mempelajari teknik nabi betapa saya insaf pada kekhilafan diri ini. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan mama anak-anak. Maafkan Cikgu Syikin anak-anak didik yang dikasihi. Banyak betul teknik yang selama ini saya rasakan betul rupanya tidak sesuai dan tidak mengikut seperti yang Rasulullah SAW ajarkan. Wajar benarlah saya rasa mudah marah dan stress dengan anak-anak dan anak didik.Bertekad! Lembaran 2013 mahu buka buku baru dan berazam mengaplikasikan teknik nabi dalam mendorong anak-anak dan anak didik.
Bergambar kenangan dengan peserta-peserta lain dan Mentor Mendorong Pelajar Corot, Puan Khairulaniza Khairuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment