Sunday, February 17, 2013
Meningkatkan Estim Kendiri Kanak-Kanak Dengan Memberikan Mereka Peranan/Tugasan
Ini merupakan Teknik Guru Melantik Banyak Penolong Guru
Dari Hadis Pembela Nabi
Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Abdillah melaporkan pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad telah mengumumkan panggilan perang lalu Zubair bin Awam menyahut panggilan perang itu. Selepas itu sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Kemudian sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan itu, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Lalu Nabi Muhammad berkata "Sesungguhnya tiap-tiap nabi mempunyai pembela dan pembela saya adalah Zubair.
Hadis nombor 1643 dalam Kitab Ringkasan Sohih Muslim.
Salah satu cara menaikkan estim kendiri pelajar ialah dengan memberikan mereka jawatan.
Dengan menggunakan Teknik Memberi Peluang Semua Pelajar Angkat Tangan saya bertanya "Siapa di antara anak murid cikgu yang nak tolong cikgu?" Saya bertanya sambil mengelipkan mata. "Saya cikgu,saya cikgu". Kelihatan semua anak murid saya mengangkat tangan beriya-iya. Dengan Teknik Pujian saya menjawab " Wah..Cikgu suka dan kagum. Kamu semua nak bantu cikgu ringankan tugas cikgu dan Puan Ima. Kamu semua pasti dapat pahala. Allah suka, Nabi pun suka".
"OK Cikgu akan bahagikan kamu semua dengan tugas sebagai Penolong Cikgu".
Saya pun menyebut dan melantik 3 orang Penolong Guru:
1. Penolong Guru Bacaan
2. Penolong Guru Kebersihan Kelas
3. Penolong Guru Kebersihan Tandas
4. Penolong Guru Bacaan Doa
5. Penolong Guru Alatan Sukan
6. Penolong Guru Bahan Bantu Mengajar
7. Penolong Guru Perpustakaan
8. Penolong Guru Kehadiran
Tujuan : Murid merasa bertanggungjawab kerana guru telah memberi tugasan dan berlumba lumba untuk membuat sehabis baik. Murid rasa diiktiraf peranan mereka dalam kelas sama penting. Estim kendiri murid juga akan meningkat kerana rasa tanggungjawab ke atas jawatan yang disandang. Boleh diaplikasi juga kepada anak-anak di rumah
1. Penolong Guru Bacaan – Luqman Arief, Aqilah dan Balqis. Mereka sudah boleh membaca dengan lancar. Mereka boleh membantu saya menyemak bacaan rakan-rakan.
2. Penolong Guru Kebersihan Kelas – Aina, Adriana dan Azila. Mereka memang murid yang rajin menjaga kebersihan kelas. Perlantikan ini menjadikan mereka lebih bersungguh-sungguh menjadikan kelas bersih.
3. Penolong Guru Kebersihan Tandas – Fadli, Ain Atierah dan Durrah. Mereka murid yang kerap ke tandas. Tugas mereka memastikan kawan-kawan menyusun selipar selepas keluar tandas dan memastikan tandas bersih, pili ditutup dan kawan-kawan tidak bermain di tandas hehe..
4. Penolong Guru Bacaan Doa – Hadi Rafeeq, Fendi dan Ain Shahirah. Suara mereka kuat dan lantang. Saya mahu menaikkan estim kendiri mereka. Mereka ada bakat kepimpinan, selalu mengangkat tangan sukarela untuk membaca doa.
5. Penolong Guru Alatan Sukan – Aqeel, Zulhilmie dan Abid. Mereka murid yang ada bakat dalam sukan dan suka menolong saya membawa skital, bola dan lain-lain peralatan sukan semasa aktiviti fizikal.
6. Penolong Guru Bahan Bantu Mengajar- Fiona, Luqman Hakim, Shakur dan Izuwan adalah dalam kumpulan Rajin ( kumpulan yang perlu diberi perhatian lebih). Saya ingin meningkatkan minat mereka untuk belajar. Belajar itu seronok melalui bahan bantu mengajar yang disediakan.
7. Penolong Guru Perpustakaan – Amira, Ahza Dalili dan Syasya. Mereka memang suka membaca walaupun belum lancar lagi. Mereka memastikan dan menasihati rakan-rakan supaya menyusun buku dengan kemas dan teratur selepas membaca. Mereka memudahkan kerja pembantu pengurusan murid, Puan Norimah
8. Penolong Guru Kehadiran – Nazri, Syahmi dan Nurul. Mereka merupakan murid yang selalu datang awal ke sekolah (cikgunya pun belum sampai lagi hehe). Mereka akan memberitahu saya siapa rakan yang tidak hadir, memastikan rakan memberi salam sebelum masuk ke kelas dan memastikan rakan-rakan mengisi kad nama (seperti ‘punch card’)
*minta maaf susunan gambar berterabur masih lagi belajar bloging setelah sekian lama blog bersawang hehe*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Bagusnya perkongsian i ni. Ada lantikan jawatan Guru Penolong dan bidang tugas sekali. Naik self esteem pelajar . :)
ReplyDelete