Monday, February 4, 2013

Aplikasi Teknik Nabi - Minggu pertama persekolahan Prasekolah Hamka

Dari dinding FB saya yang baru sempat dikongsi di blog ini hehe.. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memudahkan segalanya, selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW. Minggu pertama persekolahan dilalui dengan hati berbunga-bunga dengan harapan dapat mengaplikasikan Teknik Nabi dalam sesi P dan P. Saya masih lagi bertatih kadang kala juga kehilangan kata-kata skrip bagaimana yang mahu digunakan hehe.. Teknik Pujian – Puji dan beri impak Bersedia menunggu ketibaan anak-anak prasekolah di muka pintu menyambut mereka dengan senyuman, mengajar mereka menyusun kasut, memuji nama mereka dan mengiring mereka ke tempat duduk. Ini semua adalah situasi pertama dan baru bagi anak-anak. Pujian pasti menaikkan estim kendiri dan semangat mereka untuk ke sekolah lagi. Terima kasih pembantu saya yang turut memudahkan kerja saya. Antara skrip pujian yang dituturkan : “Wah, pandainya kamu susun kasut, kemas tersusun. Kalau buat macam ni setiap hari bila datang sekolah senang kan nak cari kasut” Semasa bertanya nama murid puji nama murid. Tanya juga bila besar nak jadi apa? Sebut nama murid beserta gelaran contohnya “ Sedapnya nama Dr Abid. Bila besar nanti boleh la cikgu pergi klinik Abid check cikgu ya. Duduk di sini dulu kejap lagi kita belajar ya” Seorang murid tiba-tiba menangis. Oh rupanya baru teringat saya tidak memberikan mereka apa-apa lagi di atas meja untuk mereka lakukan aktiviti sementara saya menunggu ketibaan murid yang lain. Terus ambil ‘alphabet puzzle foam’ dan berikan kepada semua yang hadir. Barulah Ahza Dalili berhenti menagis dan terus memuji sikapnya. “Arr cikgu suka Ahza dah tak nangis lagi. Ahza berani datang ke sekolah. Kalau tiap hari Ahza tak nangis dan datang ke sekolah nanti Ahza jadi budak pandai kan”. Alhamdulillah hari ke dua dan seterusnya Ahza tidak menangis lagi datang ke sekolah. Beberapa hari ini juga perkataan KAGUM dan SUKA meniti di bibir. KAGUM adalah perkataan aras tinggi bagi murid prasekolah. Semasa saya minta mereka menyanyikan lagu ABC, saya puji mereka lagi. Bila saya sebut “Cikgu KAGUM ( saya buat ekspresi muka seperti terkejut dan mulut melopong hehe) kamu semua murid Prasekolah Hamka baru hari pertama sekolah tapi dah pandai nyanyi lagu ABC dengan lancar. Kalau macam ni kamu rajin datang ke sekolah, rajin nyanyi lagu ABC tentu lepas ni kita semua jadi budak pandai baca dan tulis kan” Saya juga memuji "Semua datang sekolah pada hari ini.(PUJIAN) Cikgu suka..cikgu kagum.(PUJIAN) Tepuk tangan untuk diri sendiri (GANJARAN SOSIAL POSITIF).Allah suka pada mereka yang nak belajar datang sekolah menuntut ilmu dan malaikat pun tulis pahala.Ibu bapa pun awak pun suka. Insyaallah semua akan jadi murid yang pandai dan bijak dan anak yang soleh dan solehah(IMPAK) Teknik Pujian Gaya Nabi menerangkan begini. Ciri-ciri pujian Nabi Muhammad: 1. Pilih satu kebaikan yang dilakukan oleh orang itu dan berikan pujian serta-merta serta secara terbuka supaya pelajar-pelajar lain dapat mendengarnya. Sebagai contoh, pelajar itu tidak menyiapkan latihannya, tetapi tulisannya kemas dan mudah dibaca. Jangan sebut isu latihannya yang tidak disiapkan. Sebaliknya, berikan pujian kepada tulisannya yang kemas itu. 2. Pujian itu ditujukan kepada hasil kerja yang dilakukan oleh orang itu, bukan ditujukan kepada diri orang itu. Contoh pujian yang ditujukan kepada hasil kerja: "Tulisan kamu sungguh kemas." (BETUL) "Kamu sudah cuba menjawab semua soalan. Bagus!" (BETUL) "Saya suka dengan hasil lukisan kamu. Ia sungguh cantik." (BETUL) Contoh pujian yang ditujukan kepada diri orang itu: "Kamu pandai menulis dengan kemas." (SALAH) "Kamu rajin menjawab semua soalan." (SALAH) "Kamu mempunyai bakat melukis yang baik." (SALAH) 3. Dalam pujian itu nyatakan impak positif perbuatan yang dipuji. Perkataan 'impak' (impact) bermakna kesan yang terhasil daripada perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, tulisan pelajar yang kemas menghasilkan impak karangannya dapat mudah dibaca oleh guru. Contoh pujian yang tidak menyebut impak: "Kamu sekarang sudah pandai membaca dengan lancar." (SALAH) "Bacaan kamu sungguh bagus." (SALAH) Aplikasi pujian,: 1. Puji serta-merta . 2. Puji kebaikan tindakan/perbuatan/hasil kerja 3. Menyatakan Impak perbuatan/tindakan positif. Teknik Tidak Menegur Kesalahan, Pejam Mata Pada Kesalahan dan Terangkan Kesalahan Ada 2 orang murid suka buat aktiviti sendiri iaitu berjalan-jalan dalam kelas semasa saya sedang mengajar pada sesi perbualan pagi ‘circle time’ (hehe..biasalah budak kecil mereka tertarik melihat susunan mainan dibahagian belakang kelas rasanya). Saya katakan “Semasa cikgu sedang mengajar, kita duduk, tengok cikgu ajar, ikut apa yang cikgu sebut, barulah kita akan faham apa yang cikgu ajar kan”..Kata-kata saya disetujui murid yang lain. Pembantu saya mengiringi mereka dan dudukkan mereka di hadapan(kelihatannya mereka masih lagi tidak faham mungkin kerana masih awal persekolahan). Tidak tegur kesalahan tetapi tunjukkan apa yang patut dibuat.Teknik ini juga digunakan semasa murid tidak menumpukan perhatian pada apa yang diajar dan mengusik-ngusik kawan. Cikgu2 juga perlu ‘alert’ kadang kadang jika murid tidak fokus apatah lagi murid pra yang fokusnya hanya sekejap mungkin juga sesi P dan P kita kurang menarik. Kena tukar strategi pengajaran hehe (peringatan pada diri sendiri juga) Berikut ialah rujukan Teknik Nabi Muhammad Tidak Menyiasat Kesalahan. Nabi Muhammad tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan. Dalam hadith di bawah ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan: 1. Lelaki itu datang lambat. 2. Dia bercakap kuat di dalam masjid. 3. Apabila ditanya dia tidak mengaku. Nabi Muhammad tidak bertanya: "Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH) "Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH) "Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH) Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu. Hadith rujukan: '12 Malaikat' Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.' Teknik Guru Memberi Markah 10-20-30 Saya sediakan cop comel yang ada bintang 1, 2 dan 3 dan cop dalam buku mereka. Nampaknya mereka teruja dengan bintang yang mereka dapat. Cuma sedikit penambahbaikan pada teknik bintang ini ialah diletakkan sekali markah 10, 20 dan 30 supaya murid dapat membezakan hasil kerja yang terbaik dan betul mendapat markah 30. Hasil kerja yang baik tetapi ada sedikit kekurangan mendapat 20 markah dan hasil kerja yang baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi 10 markah. Dengan kaedah ini nampak benar murid dapat membezakan kenapa mereka mendapat markah 30, 20 dan 10 dan mendorong mereka untuk memperbaiki hasil kerja Rujukan hadisnya ialah : Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” — Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya dalam mengaplikasikan teknik Nabi Muhammad. Saya berdoa agar kita semua terus Istiqamah dan diberi kesabaran untuk mendidik anak-anak syurga ini. Amin.. Terima kasih mentor Cikgu Khairulaniza Khairuddin :)

1 comment:

  1. Betsoft – A leading developer of desktop and mobile slots nicely as|in addition to} offering a state-of-the-art software platform. Betsoft slots have a distinctly cinematic type, with 3D graphics, authentic themes, and thrilling in-game features. Bonus Symbol – Bonus symbols are the key thing} to unlocking bonus rounds. They usually work in a similar approach to scatters, in 다파벳 that they do not have|they don't have} to appear on a payline to trigger the characteristic.

    ReplyDelete

Cerita-cerita lain

Related Posts with Thumbnails